Wednesday, June 05, 2013

Segamat 1/2 Bogel: UMNO/BN Tolak Bantahan PAS Melalui MCA.


Ini sebahagian gambar persembahan tarian belly dancers di sebuah pusat membeli belah di Segamat...

KL: Selepas MCA Segamat, Pemuda MCA Johor pula menolak bantahan yang dibuat oleh PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di sebuah pusat membeli belah di Segamat.


"Ketua PAS Segamat, Firdaus Masod telah menafsirkan tarian dari perspektif agama dan menyifatkannya sebagai menghina Islam dan badan agama.
"Tetapi tarian jenis ini perkara biasa di negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Tuki, Iraq dan Mesir," kata Haw Chin Teck, Ketua Pemuda MCA Johor itu.

Beliau mengulas bantahan PAS Segamat ke atas 'tarian belly' (tarian ala padang pasir) yang berpakaian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pasar raya di Segamat.
(Di Mesir, Turki dan Iraq, tarian seperti itu tidak diadakan di pasaraya tetapi di kelab-kelab malam dan kawasan khas di sana - editor.)

Bagi Pemuda MCA Johor, bantahan PAS ini adalah tindakan menghakis hak-hak bukan Islam secara perlahan-lahan ke atas seni yang liberal dan  persembahan kebudayaan.

"Bantahan dari PAS Segamat terhadap belly dancers di Segamat mall membayangkan tindakan PAS mahu memaksa pandangan kerasnya terhadap aktiviti kebudayaan dan ke atas orang bukan Islam," kata Chin Teck dalam kenyataannya.

Sebelum ini, MCA Segamat turut memberikan pandangan yang sama. Harakahdaily sebelum ini menyiarkan pandangan PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di tempat awam itu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut. Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.(Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasym: Lidah MCA itu, lidah BN termasuk UMNO?

Lihat sebelum ini...

LAPORAN HARAKAHDAILY SEBELUM INI
Kritik tarian separuh bogel sifat mundur, kata MCA
Tarian separuh bogel hasil pemerintah tidak prihatin hukum agama
Tarian separuh bogel di pusat beli belah Segamat?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails