Wednesday, June 05, 2013

Dia, Dituduh Hina Agng Ditahan Di Sini, 4 Lagi Dicari.


INILAH Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat suspek ditahan untuk siasatan.

KL: Polis menahan seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman Facebook miliknya semalam.

Kosmo! difahamkan, suspek merupakan pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik antarabangsa. Dia merupakan graduan Universiti Macquire, Australia yang pernah menuntut di Kolej INTI, Pulau Pinang. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita tersebut ditahan di Taman Nirwana, Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata, polis turut meminta empat lagi individu iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Tangkapan tersebut dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Wanita tersebut kini disiasat di Balai Polis Dang Wangi di sini. Demikian Meurut Kosmo Online.

Menurut Ameno World Wanita Hina Agong Ditahan...
"Aku tak faham. Tang mana menghina nya? Kalau di tengok pada screen shot yang disebarkan aku tak nampak pula apa yang dikatakan menghina itu. Hari neh (semalam) dalam sinar harian ada dekat 4 pages dok bercerita isu neh. Macam isu besar pula. Aku rasa isu belly dance tue lagi patut people concern. At least dancer tue memang bengap. Buat tarian depan budak2 kecik dengan bercoli, kat kawasan public pula tue. Mana tak kena balon kan.

"Menurut statement terkini Prof Aziz Bari, pakar perlembagaan dan undang2 sendiri ada sebut ; Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

Kata Prof Aziz Bari, "Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.
"Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.
"Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan,"

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails