Friday, June 07, 2013

Mereka Ditangkap Kerana Pura-pura Tidur Di Rumah Urut?


SEBAHAGIAN daripada wanita tukang urut yang ditahan di sebuah premis di Melaka kelmarin. 

MELAKA - Taktik sekumpulan wanita Vietnam yang pura-pura tidur semasa sebuah rumah urut di Taman Melaka Raya di sini diserbu tidak menjadi apabila mereka ditangkap oleh anggota Jabatan Imigresen kelmarin. Semasa serbuan dibuat pada pukul 9.30 malam itu, enam wanita Vietnam ditemui sedang terbaring dan tidur di tingkat tiga premis tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, mereka sebenarnya berpura-pura tidur malah mengenakan solekan tebal.

"Hasil serbuan itu, kita telah menahan 11 wanita Vietnam dan dua wanita China. Ada antaranya yang bersembunyi di dalam almari.
"Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails