Saturday, June 08, 2013

Hina Agong: Selepas 'Melissa Gooi', 2 Lagi Serah Diri.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

KL: Dua daripada tiga lagi individu yang dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), di sini, Jumaat.

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka iaitu lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 30-an tiba di IPD itu pada pukul 3 petang, dengan ditemani seorang peguam. Polis masih mengambil keterangan mereka, katanya ketika ditemui pemberita.

Pada 1 Jun lepas, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Melissa Gooi' didakwa mengeluarkan kenyataan menghina titah ucapan Tuanku Abdul Halim yang kemudian menerima respons daripada pengguna lain. Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis dan pada Khamis lepas, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun di Ampang bagi membantu siasatan.

Wanita itu antara empat individu yang dicari polis berhubung kes itu. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails