Saturday, December 01, 2012

Facebook: 100 Wanita Thai Ditipu.

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 100 wanita Thailand ditipu lebih 100 juta baht (RM10 juta) melalui akaun Facebook lelaki penipu yang berjanji untuk berkahwin dan meminta gambar lucah mangsa yang kemudian digunakan untuk mengugut mereka, kata polis, semalam.

Dua wanita Trang membuat aduan polis mengatakan mereka ditipu untuk menghantar wang hingga 100,000 baht (RM10,000) kepada kumpulan yang mengugut mereka. Masih ramai mangsa lain yang terlalu malu untuk tampil ke hadapan, kata mereka kepada polis.

Anggota kumpulan itu menggunakan gambar lelaki asing berwajah tampan dan mendekati mereka melalui akaun Facebook. Wanita pertama berkata, dia berkenalan dengan lelaki yang menamakan dirinya “Wyne Smith” dan berjanji untuk mengahwininya, manakala seorang wanita lagi secara tidak sengaja menghantar “gambar tidak senonoh” dirinya kepada “Alex Chris.”

Selepas itu, mereka telah beberapa kali diperas ugut supaya menghantar wang ke akaun khusus di wilayah Chon Buri dan Songkhla. Mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas dipaksa membayar beribu-ribu baht.

Polis berkata, mereka menemui lebih daripada 100 mangsa, kebanyakannya wanita bujang, janda atau balu yang telah ditipu untuk menghantar wang lebih 100 juta baht (RM10 juta) ke dalam akaun kumpulan itu. Polis mendapati, wang itu dikeluarkan di Malaysia dan telah membekukan semua akaun yang terlibat sebelum lebih ramai wanita menjadi mangsa kumpulan itu.

Polis AntiJenayah dan Pusat Penyelaras Jenayah Transnasional telah dipanggil untuk membantu siasatan. - Bangkok Post (myMetro)

1 comment:

suka hati aku said...

Pelik betul perempuan zaman sekarang orang mintak gambar bogel dengan senang aje beri takkan desparate sangat nak cari laki sampai hilang harga diri. Dalam harian metro hari ni ada seorang janda kaya sampai bankrap kena peras ugut sebab kebodohan sendiri menyerahkan gambar bogelnya kepada scammer nigeria.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails