Wednesday, November 28, 2012

Israel Lebih Islamik Dari Indonesia, Saudi & M'sia?

Negara Islam maju, konon..

INDONESIA boleh saja mendakwa sebagai negara berpenduduk majoriti muslim terbesar sejagat. Arab Saudi juga layak menyebut sebagai kiblat umat Islam. Malaysia dengan bangganya menyebut diri sebagai negara umat Islam maju dan moden menjadi contoh kepada negara-neara umat Islam lain.

Namun, soal urusan praktik ajaran agama dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu, negara-negara ini, buat bikin malu.sahaja. Dari sekitar 240 juta penduduk di Indonesia, sekitar 90 persen pemeluk Islam. Saudi juga menjadi tujuan belasan juta umat Islam dari seluruh dunia tiap tahun berumrah atau berhaji. Maaysia? Perasan, dirinya menjadi Isla contoh?

Menurut penelitian dilakoni oleh Scheherazade S. Rehman and Hossein Askari dari Universiti George Washington di Ibu Kota Washington DC, Amerika Syarikat, 

  • 'kedudukan Indonesia dan Saudi jauh di bawah Israel dalam Indeks Ekonomi Islam. Dari 208 negara disurvei, 37 peringkat teratas ditempati oleh negara-negara non-muslim'
Seperti dilaporkan akhbar the Jerusalem Post, Khamis 8 Nov lalu..

Menurut kedua ilmuwan itu, nilai-nilai Islam lebih berhasil diterapkan di perekonomian negara-negara non-muslim berbaanding negara-negara dihuni majoriti umat Islam. Menurut daftar itu, Israel menempati kedudukan ke-61, di atas Bahrain (64), Brunei Darussalam (65), Jordan (77), Oman (99), Qatar (112), Arab saudi (131), Indonesia (140), Mesir (153), dan Iran (163).

Menurut Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia, Irman Gusman, banyak pelaku kejahatan ekonomi adalah orang-orang mengerti ajaran Islam dan kelihatannya sangat taat. 


"Beberapa yang rajin menyumbang buat masjid tapi juga giat merompak wang negara," katanya.

Irman Gusman termasuk delegasi yang hadir dalam Forum Amerika Syarikat-Dunia Islam di Ibu Kota Doha, Qatar baru-baru ini. Sungguh ironis. Hampir seluruh umat Islam membenci negara Zionis itu lantaran menjajah bangsa Palestin. Tapi, hasil penelitian membuktikan negara berpenduduk majoriti Yahudi ini mampu menerapkan ajaran Islam di negeri mereka.

Malaysia walaupun  menentang Israel, negara bangsat yang tiada negara itu, tetapi mengiktiraf kewujudannaya dan masih berhubungan ekonomi dengan negara durjana itu. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Tidak, Israel tidak boleh dikatakan lebih islamik. Secara kebetulan mereka melaksanakan ciri-ciri islamik itu dari segi ekonomi. Ciri-ciri Islamik lebih luas daripada aspek ekonomi. Besar kemungkinannya ialah dengan menggunakan ciri islamik ekonomi itu, mereka mendapat faedahnya untuk diri yang tidak disedari oleh negara Islam. Dalam banyak hal lain Israel tidak menepati tuntutan Islam khususnya berkaitan hablum minallah dan hablum minannas.

Anonymous said...

Nak kena tengok dul jugak macam mana yang dikatakan depa terap nilai-nilai Islam tu?

Anonymous said...

Nak kena tengok dulu jugak macam mana yang dikatakan depa terap nilai-nilai Islam tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails