Monday, November 26, 2012

Saham FELDA Jatuh, Tapi Masih Belum Lambat..


TASEK GELUGOR: Saham FELDA jatuh, namun belum terlambat untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Felda daripada terus musnah Para pemimpin Felda sanggup 'berdondang sayang' di luar negara sedangkan peneroka Felda sedang diancam bahaya berikutan kejatuhan saham Felda Global Ventures Holding (FGV) itu, kata Pengerusi Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar).

Menurutnya lagi, bukan itu sahaja bahkan seluruh warga Felda harus malu dengan tindakan Felda melalui Felda di Pasir Gudang, Johor menjual minyak sawit kepada Israel ketika negara haram itu melayak rakyat Palestin di Gaza.

Kedua-dua tindakan tersebut tambahnya, memalukan negara kerana sebagai pemimpin yang menjadi harapan seluruh warga Felda hendaklah bersama Felda merancang dengan penuh tanggungjawab supaya Felda yang diilhamkan di era Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Husein terus maju.

"Sebab itu perlantikan Pengerusi Felda, Isa Samad, Pengarah  Besar Felda, Faizul Ahmad dibantah kerana mereka  bukan sayangkan Felda sebaliknya menggunakan kedudukan Felda untuk kepentingan peribadi.

"Sekarang ini baru peneroka Felda sedar.  Namun belum terlambat untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Felda daripada terus musnah, " terangnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Simpang Empat Permatang Buluh, Tasek Gelugor semalam.

Justeru itu, masyarakat Felda serta rakyat Malaysia jangan biarkan mereka terus bermaharajalela membiarkan pengaruh mereka menguasai Felda yang dikhaskan untuk pembangunan orang Melayu tetapi sekarang jelas dipergunakan untuk menguntungkan kroni.

Tidak hairan sambungnya, ramai pemimpin BN hidup mewah kerana penyelewengan Felda apabila menyenaraikan Felda ke bursa saham yang bila-bila masa boleh tergadai pada syarikat asing jika operasi atau keuntungan Felda tidak ke mana.

"Ramai pemimpin Umno tidak takut dengan peneroka Felda yang rata-rata tidak prihatin terhadap tindakan mereka.  Oleh itu, mereka boleh bersenang lenang dengan keluarga di luar negara dengan menggunakan wang Felda, " jelasnya yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Pemimpin Umno dan BN, dakwa Mazlan tidak langsung bimbang dengan rakyat Malaysia khususnya orang kampung kerana rata-rata mereka tidak terdedah dengan perkembangan internet yang lebih luas infonya. Mereka ujarnya, hanya bergantung dengan media arus perdana dan siaran televisyen berbanding menghadiri ceramah dari pihak pembangkang.

Perbezaan ketara antara pemikiran orang Melayu dan orang Cina adalah orang Cina  lebih terbuka dan bersedia menerima pembaharuan yang diingini oleh Pakatan Rakyat, kata Mazlan.  (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails