Saturday, December 01, 2012

Program Pengisian Remaja, 3 Selebriti Malam Ini..


KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira dari Inodonesia akan menjayakan Bicara Selebriti ke-7 malam ini. Dua orang lagi ialah Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julung kalinya program selebriti, ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, berbanding sebelum ini di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10, petang tadi. (Gambar atas)

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam. Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

“Jadi pada malam ini saya menyeru pada semua supaya datang beramai-ramai, kita buat di stadium malam ni,” ujarnya bernada ceria.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini. Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails