Monday, November 26, 2012

Video Gangnam Style Meledak & Kuasai Dunia..

Video Gangnam Style akan Mencapai 800 Juta 'Viewer'
Psy 'Gangnam Style'

HALAMAN HIBURAN
SEOUL: Video Gangnam Style dari penyanyi asal Korea Selatan, Psy dijangka akan jadi video muzik paling banyak dilihat di Youtube. Menurut berita lapran Mnet, videonya akan mengalahkan video Baby Justin Bieber, "Videonya akan mencapai kira-kira 800 juta viewer pada 24 November," kata situs tersebut.

Video musik Gangnam Style menerima 6-10 juta viewernya setiap hari. Ini akan menjadikan Gangnam Style video yang paling banyak ditonton sejak diunggah pada 15 Julai lalu. Sampai saat ini, video terbanyak dilihat masih ada di tangan Justin Bieber dengan lagunya Baby.

Video Psy meledak di seluruh dunia terutama Amerika, Thailand, Turki, Brazil, Kanada, Filipina dan banyak lagi. Videonya melampaui? Eminem?s Love The Way You Lie pada 20 Oktober dan Jennifer Lopez's On the Floor pada 2 November.Psy terakhir kali tampil di Jay Leno The Tonight Show dan selanjutnya akan menuju ke Thailand dan kemudian Hong Kong untuk MAMA 2012.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apa itu Oppa Gangnam Style ? Kenapa tiba-tiba perkataan Gangnam Stlye mula menjadi perhatian hinggakan terdapat beberapa video raya pun ala Gangnam Stlye? Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class.

Vedeo hari raya..



Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 65 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Julai lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya. Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penynanyi dari 4minute, Hyuna
Gangnam Style 1024x566 Fenomena/Virus Oppa Gangnam Style Merebak Ke Seluruh Dunia

Turut tampil didalam video clip PSY ialah Pelawak/Penghibur/MC No1 Korea atau lebih famous di seluruh dunia melalui rancangan Running Man iaitu Yoo Jae Suk. Yoo Jae Suk yang lebih dikenali sebagai “Grasshopper” itu juga telah menampilkan tarian Grasshoppernya tersendiri di dalam Music Video PSY ini.

Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya. Fenomena lagu ini juga telah merebak ke seluruh dunia.

Ternyata selepas kehadiran beberapa kumpulan muzik Korea seperti Wonder Girls, Super Junior, Girls Generation dan The Big Bang Theory, kini Psy mengambil tempat dihati pengemar muzik Korea malah lebih membanggakan apabila Psy bergerak sebagai penyanyi solo.

Artis-artis penasyid dengan misi dakwah boleh kembangkan idea ini dan bawa ke arah matlamat Islam... Wallahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails