Wednesday, November 28, 2012

Inisiatif Baru Potongan 25% Cukai Pintu Pangsapuri

Dari kiri YB Iskandar, Ibnu Hasyim dan Tuan Junuh penghuni pangsapuri.

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenal satu lagi inisiatif baru kepada pemilik pangsapuri kos rendah di negeri itu iaitu memberi potongan 25 peratus cukai pintu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, potongan diberikan terus kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama borang khas. Katanya, potongan itu bukan sahaja tertakluk kepada permohonan semua pemilik di sesebuah pangsapuri, tetapi juga terpakai permohonan individu.

“Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.
“Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang disahkan oleh pengerusi JMC atau MC, Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT atau Ahli Majlis PBT,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau menambah, potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik. Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri masih belum ada bilangan pemilik yang diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.

“Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.
“Dari data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai maka lebih ramai pemilik membayar yuran penyelenggaraan pangsapuri mereka,” ujar beliau lagi.(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your
efforts and I am waiting for your next post thank you once again.
Also visit my blog post - clean my pc

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails