 KL  16 Mei 11: Apa hukum askar kita mati, apabila dihantar keluar negara  mempertahankan negara penindas yang zalim? Tanya seorang ustaz apabila  mendapat tahu idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar   tentera tempatan membantu kerajaan Bahrain. Kerajaan Bahrain kini sedang  dikecam dari semua  pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas  rakyat dan barisan  pembangkang, walaupn di atas nama memelihara  kestabilan serta keselamatan di  Teluk.
KL  16 Mei 11: Apa hukum askar kita mati, apabila dihantar keluar negara  mempertahankan negara penindas yang zalim? Tanya seorang ustaz apabila  mendapat tahu idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar   tentera tempatan membantu kerajaan Bahrain. Kerajaan Bahrain kini sedang  dikecam dari semua  pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas  rakyat dan barisan  pembangkang, walaupn di atas nama memelihara  kestabilan serta keselamatan di  Teluk.Seorang journalis pertahanan  yang pro Angkatan  Bersenjata Malaysia (MAF) bernama Dzirhan Mahadzir,  berkata di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea  Najib sebagai idea  terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran  tentera pengaman  negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai  penindas rakyat  Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka.
“Kepada  PM Najib  Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita  melibatkan  diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang  awam,  bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain,  kita  akan terlibat dengan penindasan.
"Bukankah menjadi prinsip   bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara   asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar   prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan   Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah   mereka adalah orang yang sama, yang menyatakan bahawa semuanya ok di   Mesri,” kata Dzirhan kepada Najib di Twitter.
Semalam Harakahdaily  melaporkan, seorang ahli parlimen Pakatan  Rakyat menyelar idea Perdana  Menteri yang bersetuju untuk menghantar  tentera tempatan di Teluk bagi  membantu kerajaan Bahrain. Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru  ini,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk  menghantar  pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian  oleh  kepimpinan Bahrain.
"Malaysia menyokong penuh semua  keputusan  berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara  anggota GCC  (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta  keselamatan  wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Najib  Jumaat lalu di  Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh  pejabat beliau.
Kenyataan  tersebut turut menambah bahawa  Malaysia menyokong proses dialog  nasional yang dilancarkan oleh Putera  Mahkota Salman bin Hamad  Al-Khalifa untuk “menangani aspirasi penduduk  Bahrain dan meredakan  ketegangan” di negara berkenaan.
“Mengambil  kira hakikat ini,  Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan  bahawa Malaysia bersedia  untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain,  jika diminta berbuat  demikian oleh kepimpinan Bahrain,” tambah  kenyataan itu lagi yang turut  menyifatkan jemputan daripada kerajaan  Bahrain sebagai satu penghormatan  yang besar untuk menawarkan bantuan  dalam usaha murni ini.
Sebagai  reaksi balas kepada pendirian  Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew  Chin Tong memberikan amaran  bahawa perdana menteri sedang mengambil  risiko untuk berada di tempat  yang salah di sisi sejarah dengan  menyatakan bahawa usaha memberikan  bantuan kepada keganasan regim  Bahrain sebagai satu usaha yang murni.
“Saya  cukup terkejut  bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam  daripada  kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil  peluang untuk  menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni.
Saya   tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau   sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi   sejarah,” kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini, yang juga  bersetuju pandangan Dzirhan Mahadzir. Liew juga turut menyoal mengapa  tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di  Teluk.
“Bukan  saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya  sebagai pencetus idea di  kalangan di dunia Islam, langsung tidak  memberikan sokongan kepada  kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada  awal tahun ini, bahkan sekarang  bersedia untuk berdiri di sebelah  diktator dengan menghantar tentera  untuk menindas aspirasi demokrasi  rakyat Bahrain,” selar Liew.
Bahrain  berada di dalam kemelut  semenjak pihak polis negara tersebut  melancarkan tindakan keras dan  kejam terhadap para penunjuk perasaan  yang inginkan kerajaan yang  dipilih secara demokratik di ibu kota negara  tersebut, yang  mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan  menggunakan pemedih mata,  peluru getah dan buckshot pada Februari 17  yang lalu.
Berdasarkan  maklumat terbaru daripada Human Rights  Watch, terdapat bukti baru  bahawa ramai  penunjuk perasaan yang telah  ditangkat telah diseksa dan  tidak dapat dihubungi setakat ini.
“Satu  perkara yang paling  membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan  lebih 1,000 orang  ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas  berminggu lamanya  mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada.  Peguam juga  tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu  di mana  mereka berada.
Mereka telah ditahan tanpa dapat  dihubungi, dan  inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku,” Joe  Stork daripada  Human Rights Watch dipetik sebagai berkata. Mengikut  pihak penguasa  Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis  terkorban dalam kemelut  di negara ini yang kini dikecam hebat oleh  pertubuhan-pertubuhan hak  asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu  terhadap para penunjuk  perasaan.
“Saya telah dimaklumkan bahawa  pemimpin dalam Angkatan  Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan  keputusan ini kerana ia  bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam,  lagi-lagi orang awan di  negara asing,” tambah Liew.
 
 

19 comments:
satu hari nanti munkin malysia akan mengambil langkah seperti bahrin.
satu hari nanti munkin malysia akan mengambil langkah seperti bahrin.
Mati katak ler jawabnyer
Mungkin Malaysia akan jadi Negara Syiah satu masa nanti.
Asal loawan a\Amerika saja adalah hebat.
Iraq negara Sunni sekarang jadi Negara Syiah.
Amerika dengan Syiah sama saja!
Bang Mat...tolong bangkitkan dalm blog bang mat akan peri pentingnya solah hajat berikutan kes DSAI, tiada yang dapat membantu lagi kecuali Yang Maha Kuasa
Belum pon tahu apa skop tugasan yang bakal diterima, kita dah melempar tomahan yang bukan-bukan. malah dikaitkan pula dengan `mati syahit' bila mati di sana. Sepatutnya kita jangan melulu untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terutamanya mengenai mati syahit. Kalau tak tahu tanya ustaz yang pakar mengenai perkara ini. Jangan jadi jagoh kampong yang pandai sembang dan putar belit!
Saudara ni tahu ke apa erti mati syahit! tak tahu tanya tok guru....
Setuju....apapon, saudara kena tahu dulu tugas di sana. Seagak saya jadi pengaman sahaja. Takan nak kena bunuh kot!!!macam di Bosnia dan Lubnan..kan negara tu nagara Islam juga.....
Betul juga, apa salahnya kalau kita bantu masyarakat Islam.Bukan atas dasar lain, bantu kaum seagama. Tang dia tak demokrasi tu cerita lain. Kalaulah baiknya kita tanya kementerian pertahanan kot!!!
Jangan hentam keromo je!!! kan dak kena belasah..kah..kah..kah..
setahu saya apa yang berlaku di Bahrain adalah revolusi puak syiah untuk menumbangkan sunni di sana. Prof Dr Yusof Qardhawi juga telah menjelaskan apa yang berlaku di Bahrain tidak sama seperti yang berlaku di negara teluk lain. Di negara teluk lain, rakyat berjuang untuk menumbangkan pemerintah yang zalim tetapi di Bahrain puak syiah cuba menangguk di air yang keruh. Waspada...
Tindakan PM untuk membantu negara Bahrain bagi menghantar pasukan tentera Malaysia berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu sebagai pasukan pengaman adalah tindakan yang mulia.Penghantaran pasukan tentera malaysia ke sana bukanlah untuk berperang atau menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya sebagai orang tengah untuk membantu menyelesaikan konflik pergaduhan antara dua puak yang bertelagah.sebagai negara yang bernaung di bawah panji-panji pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sudah semestinya negara kita perlu mengambil sikap untuk membantu dalam mengembalikan kemamanan di negara2 sahabat agar pertelingkahan ini tidak berlarutan kerana di dalam pergaduhan negara tersebut akan terdapat kemalangan jiwa dan kematian oarang-orang yang tidak berdosa terutamanya orang tua,perempuan-perempuan yang lemah dan kanak-kanak. Maka Islam melarang berlakunya perkara tersebut dari berlarutan.Kalau dilihat di dalm sejarah peperangan Rasulullah melarang membunuh golongan- tersebut kerana mereka golongan- golongan yang lemah.
Di samping itu juga penghantaran tentera kita kesana bukan untuk berperang hanya sekadar sebagai orang tengah yanag tidak menyebalahi mana-mana pihak. umum mengetahui peranan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu adalah sebagai pertubuhan untuk menjamin keamanan negara-negara didunia, jika tiada pertubuhan ini nescaya pertingkahan dan pembunuhan yang berlaku di negara-negara di dunia akan memudaratkan penduduk dan kesannya kepada negara lain termasuk lah faktor keselamatan dan ekonomi.Negara Malaysia yang merupakan sebahagian dari negara-negara di bawah PBB harus mengambil sikap berkerjasama dan bertolong menolong untuk kebaikan dan keselamatan masyarakat sejagat lebih2 lebih lagi yang melibatkan kepentingan umat islam.ini sesuai dengan maksud firman Allah SWT di dalam Al Quran dalam surah Al Maidah ayat ke 2 "Bertolong menolong lah kamu di dalam urusan kebaikan dan ketaqwaan dan jangan lah kamu bertolong menolong di dalam urusan yang mendatangkan dosa dan permusuhan dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksanya".Di dalam ayat lain pula Allah SWT berfirman di dalm surah Al Hujuraat ayat ke 10 yang bermaksud"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat".Mengambil pengajaran ayat tersebut tidak salah tentera Malaysia di hantar kesana untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di kalangan masyarakat muslim di Bahrain,di dalam masa yang sama juga kita membantu memberikan bantuan logistik dan perubatan kepada penduduk-penduduk yang teranaiya dan golongan-golongan lemah.soal siapa yang benar di dalam perlingkahan negara tersebut bukan urusan kita biar lah rakyat Bahrain yang menentukannya dengan cara yang terhormat mengikut- lunas-lunas kehidupan dan pelembagaan seperti melalui piliharaya dan sebagainya tetapi bukan dengan cara pembunuhan yang sudah tentu akan lebih memudaharatkan banyak perkara daripada kebaikan dan manfaatnya.
Kehadiran tentera Malaysia kesana sekurang-kurangnya kita telah melakukan satu kebaikan dalam kehidupan dan terhadap kepentingan sesama muslim dengan memberi pertolongan kepada penduduk setempat,yang mana tindakan tersebut amat dianjur oleh agama Islam yang inginkan umatnya bersatu padu dan tidak berbunuhan sesama sendiri kerana ini merugikan umat Islam.Untuk itu,setiap anggota tentera Malaysia sekiranya dihantar ke Bahrain hendaklah menanam niat untuk bertugas di sana kerana Allah SWT bagi menolong umat Islam dari terbunuh dan mendamaikan keadaan,mengambil pengajaran sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"sesunguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat". Seandainya dalam melakukan tugasan yang murni tersebut tentera kita terkorban oleh tindakan puak-puak yang bertelagah tersebut, maka itu sudah taqdir Allah.mudahan-mudahan kematian tersebut dikira sebagai syahid oleh Allah kerana kehadiran tentera di sana untuk tujuan yang baik demi kepentingan agama dan umat islam.hak pemberian ganjaran pahala adalah hak mutlak Allah SWT ia boleh menberikan apa saja yang dikehendakinya.Sekurang-kurangnya kita telah melakukan sesuatu untuk Allah dan untuk kepentingan umat Islam maka kita berbaik sangka Allah menerima kematian tersebut dengan kedudukan yang istimewa.Seandainya perjuangan tersebut tidak dikira sebagai syahid seperti peperangan menentang kuffar mudah-mudahan tentera kita yang terkorban akan digolongkan termasuk golongan syahid kecil kerana syahid tidak hanya terbatas didalam peperangan menentang kuffar tetapi termasuk perkara-perkara lain seperti ibu yang mati semasa bersalin.terkorban dalam menyelamatkan orang mati lemas dan kebakaran,terkorban dalam perjuangan menghapus kabatilan umat dan sebagainya lagi yang diijtihadkan oleh ulamak tentang perluasan maksud syahid dalam kehidupan hari ini. Atas kepentingan tersebut tidak salah tentera kita dihantar kesana untuk tujuan yaang murni tersebut daripada kita mengambil sikap tidak menghiraukan langsung masalah umat Islam yang teranaiya dan terbunuh disebabkan pertelingkahan tersebut yang akhirnya melemahkan keseluruhan Islam itu sendiri.Mudah-mudahan Allah memberi taufik atas tindakan yang dilakukan tersebut.Amin
sunni ke kaki enjoy dan bunuh insan, sunni ke jadi hamba amrika,sunni ke masuk negara orang lain dan jadi perogol..kalau sunni jahat pun boleh masuk syurgake, hei bangang anjing yang tak bersalah pun haram bunuh apatah lagi shia yang kamu benci tu...kalau dah kepala wahabi ejen british jadi bansatlah dan buta hatilah ..bunuh manusia pun takapa krana kawan raja kasino..bangsat punya melayu bodoh..duble standardkala suni nak demokrasi o kalau shia tak ok.tuhan kamu Allah ke iblis.perangai sombong macam iblis je
hukumnya mati BABI busuk sebusuknta sia sia
pengkhianatan depan mata dlm negara pun tak ambil peduli apa pulak nak ikut campur urusan negara org
mcmna pemimpin2 yg rakyat nak menjadi pemimpin dan membantu rakyat sebaliknya ..menjadi dalang dlm komplotan ala mafia pulak menghancurkan pentadbiran negara ..rakyat tak buta ..
Sumber mana tentang idea ini? Boleh tahu?
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong tu takut anak melayu kita yg hantar sana tu tambah berani.Tapi apa ke hal pulak blog anak melayu ni sokong sangat liew yg tak baca sejarah tu.hantar sana bukan melancong.sebelum ni dah banyak tempat kita hantr tak jadi isu pun.jiran kita belanja billion kat askar dia.pondan sangat lah liew ni...hahaha
nk hukum tanya ulamak yg benar.
bahrain tk sama dgn syria. dengarnya syiah sedang menghuru harakan bahrain.
syiah sedang menganas diseluruh dunai sebb almehdi(dajjal) mereka dh nk keluar.
umat islam perlu bantu bahrain menghadapi ancaman syiah laknatullah.
Post a Comment