Monday, October 25, 2010

Galas: Hanya Lambang PAS Wakili Pakatan -SPR




25 OKT 10: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

Dalam pada itu, SPR juga menjangkakan akan berdepan masalah untuk mendapatkan peratus keluar mengundi bagi setiap jam pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Ini kerana empat pusat pengundian di kawasan Orang Asli tidak dilengkapi talian telefon.

"Tapi kita masih boleh bergantung kepada sistem komunikasi oleh PDRM.

"Jadi kita masih boleh keluarkan jumlah anggaran," katanya lagi ketika ditemui wartawan selepas satu sesi taklimat kepada media di Kesedar Inn, Gua Musang pagi ini.(AK)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

4 comments:

tungkaran hati said...

Ruginya tak dapat baring atas jalan raya macam kat Perak dulu ye!
Inginkan perjuangan yang sebegitu....dan disini pun kita hanya tukang tampal poster je!

ahmed said...

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok

ali said...

berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

zaid said...

Ruginya tak dapat baring atas jalan raya macam kat Perak dulu ye!
Inginkan perjuangan yang sebegitu....dan disini pun kita hanya tukang tampal poster je!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails