Tuesday, October 26, 2010

Galas: Calon PAS Menang Pertama...

Zulkefli Mohamad


GUA MUSANG, 26 Okt 10: Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.

“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau. Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

“Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat. Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan pihaknya akan kekal dengan calon mereka itu yang diumumkan minggu lalu. Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan “isterinya” sekarang, Ramelah Mat Jusoh namun dinafikan Zulkefli. Nama itu sebenarnya ada ibu beliau.

Zulkefli mengumumkan pendirian terbarunya ini pagi ini selepas pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid di sini kira-kira 11.30 pagi tadi. Dalam pilihan raya kecil DUN Galas, Barisan Nasional meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Menurut Zulkefli, sebagai calon PAS yang dipertanggungjawab untuk mengekalkan kemenangan parti Islam itu beliau berjanji akan berusaha bersungguh dan meneruskan segala usaha yang dilakukan penyandang DUN Galas Allahyarham Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

“Saya dan parti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kita akan memenangi kerusi DUN Galas ini.

“Saya juga akan meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham yang mana semua orang tahu beliau telah melakukan banyak perkara di Galas.

“Saya akan memberikan fokus kepada perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Pengamal perubatan itu juga berharap supaya pengundi akan memilihnya untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Galas. “Saya harap pengundi akan membuat pilihan bijak dengan mengundi saya selaku calon PAS mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Zulkefli, beliau tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap Aziz sepanjang kempen pilihan raya kali ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melepasi 'halangan pertama' itulah antara tanda-tanda kemenangan pertama...

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..


1 comment:

Anonymous said...

Mana ada. Sejak awal
Hanya satu cara Pas akan menang malahan akan mampu meerintan Malaysia ialah dengan:-

Pertama, tidak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Kedua, Pas perlu istiqamah dalam perjuangan Islam dan memelihara akhlak yang baik lagi mulia di kalangan pemimpin dan ahli.

Pas jangan sesekali mengkafirkan UMNO. Memadai dengan mengatakan UMNO melakukan penyelewengan dan korupsi, tetapi Pas sendiri hendaklah BETUL-BETUL bersih, berakhlak mulia dan jujur dalam menegakkan Islam dan segala hal.

Jika tidak, kerjasama Pas dalam Pakatan dan amalan cakap tidak serupa bikin Pas yang berterusan akan menjadi seteguk racun paling berbisa yang mampu menyebabkan kematian Pas secara perlahan-lahan. Percayalah.

Keputusan PRK Galas adalah tanda-tandanya. Pengundi mula sedar permainan Pas selama ini. Jujur atau tidaknya Pas. Buktinya ramai termasuk anda sendiri tidak percaya Pas akan tewas.

Sedih dan pilunya hati bila mengimbau bagaimana kesan hebat dalam masyarakat akibat Pas mengkafirkan UMNO.

Kafir mengkafir sesama jiran, sesama saudara mara. Anak dan ayah, suami dan Isteri tidak bertegur sapa. Kenduri kebndara dan KEMATIAN dipulaukan. Bergaduh bertibai sesama Islam bagi saya bukan perkara kecik.

Saya tiada kepentingan untuk membodek mana-mana pihak pun dan saya ikhlas ingin melihat Pas melakukan kebaikan sebenar sebagaiman benarnya wadah perjuangan para Nabi dan Rasul.
Bukannya menjadi pengkhianat bangsa dan agama semta-mata kerana kuasa.

Walau pun anda percaya ini bukan isu besar. Bagi saya sebagai orang Islam inilah isu paling besar.

Wallahuaklam dan Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails