Sunday, October 24, 2010

BN Pilih SU Umno Gua Musang Calon Galas


GUA MUSANG, 24 Okt 10: Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 47, dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS. Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.

Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

4 comments:

joecharlie said...

MACAM-MACAM ZAMAN N.AJIS-TJasa Allahyarham Che Hashim perlu PAS hebahkan
tanah seluas dua ekar ini tiba-tiba bertukar hakmilik secara haram kepada bekas ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima. Rampasan ini tidak dibuat atas apa-apa alasan melainkan bagi kepentingan dirinya sahaja.
http://bngalas.blogspot.com/2010/10/jasa-allahyarham-che-hashim-perlu-pas_24.html

Anonymous said...

Let Galas voters decide on Nov 4. Talk to much also no good maaa..We knew that since Galas was under PAS the people in Galas remain the same..poor and jobless. Their lands were taken away. Foreign companies earned the profit..squatters scattered around..MB Kelantan never pay a single visit..neither the former wakil rakyat..Let's give a chance to BN to lead since PAS failed to comply their promises. As a voter..I openly declare myself to vote for BN..Is there anybody to question my rights?

Anonymous said...

SEDIH PAS BERBAIK TERLALU TUNDUK KEPADA KEMAHUAN DAP YANG TERANG-TERANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM. MELIHAT KEADAAN TIDAK HERAN SATU HARI NANTI PAS AKAN MENJADI MURTAD DARI PERJUANGN ASALNYA. LEBIH BAIK PAS BERJUANG SENDIRIAN ASALKAN BUKAN BERSEKONGKONG DENGAN ANTI ISLAM.

Anonymous said...

pas hebat sebab pandai berceramah. pasal buat kerja boleh jalan daaa..habis tanah dimilik peribadikan Tok Guru tak tahu sebab takut hilang taraf dalam politik..apa punya tok guru nih?..tengoklah sikit apa yang berlaku dibelakang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails