Thursday, August 12, 2010

Sosial Negara Parah, Perlu Ambil Langkah Drastik -K/Pemuda PAS


KL OGOS 12 10: Negara mesti mengambil langkah drastik. Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius, justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat. Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan, semakin ramai bayi dibunuh kejam, semakin ramai yang berzina, semakin ramai yang bergaul bebas, semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh.

Demikian saranan Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily net sebentar tadi, dalam 10 perkara.

Antara cara penyelesaiannya, menurutnya beliau lagi,
perlu..

"Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat, mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi.

"Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah:
  • Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
  • Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
  • Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
  • Sekat laman - laman lucah secara serius
  • Menguatkuasa undang-undang syariah
  • Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
  • Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
  • Banyak lagi langkah yang perlu diambil. [sekadar menyebut beberapa contoh]"
Begitu antara beberapa pendangan beliau.

Blog Ibnu Hasyim menyokong penuh saranan tersebut, kerana keadaan sosial negara sudah semakin parah. Sampailah masanya perlu diambil langkah drastik segera. Pihak bertaggung jawab, sila ambil perhatian.(AK)

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan BN menangguk di air keroh?
Dengan biarkan masalah sosial menghantui Malaysia, kerajaan BN/UMNO mengharapkan rakyat menyokongnya dlm PRU ke 13.
No way.

Anonymous said...

Macam mana tak parah bila gejala-gejala gila dipromosikan oleh Pakatan Rakyat, demontrasi liar, hasutan, ceramah maki hamun menggunakan perkataan kotor, itu teladan mulia tahap jadah apa?

PAS tak ada agenda jelas untuk perbetulkan keadaan masyarakat, malahan PAS sekadar menjadi penambah rosaknya masyarakat dengan politik maki hamun, hasutan hingga rakyat jadi pecah belah.

Malahan anon August 12, 2010 12:42 PM, UMNO tidak menangguk di air keroh, tapi PAS yang sentiasa mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan, semua isu dipolitikkan, sikap Politikkan Apa Saja (PAS) oleh PAS telah menyebabkan keadaan caca marba di kalangan masyarakat, perosak sebenarnya adalah PAS, bukannya UMNO kerana UMNO tak pernah pun anjurkan perkara-perkara terlarang dan maksiat kepada masyarakat, tapi PAS boleh membela DAPig untuk meneruskan jualan arak dan judi di Shah Alam walaupun Majlis Bandaraya Shah Alam mahu menguatkuasakan larang jualan arak dan judi di kawasan pentadbirannya, tapi PAS nak buat ikut suka hati dia, menjadi penyokong kuat DAP yang terang-terangan menentang usaha Majlis Bandaraya Shah Alam itu, ini mulia jadah apa pula? Jelas PAS perosak masyarakat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails