Wednesday, August 11, 2010

Anwar Ubah Lanskap Politik Negara -Lim Kit Siang

KL, 11 Ogos 10: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memetakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Beliau yang juga Ketua Parlimen DAP membuat justifikasi demikian setelah melihat peranan Anwar dalam memangkin tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. "Setiap tindakan dan pandangannya memberi kesan yang penting terhadap halatuju negara kita," ujarnya seperti dipetik dari sesawang Suara Keadilan.

Difahamkan, pengakuan penuh sentimental itu diluahkannya semalam sempena meraikan hari ulang tahun Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ke-63. "Masej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita," katanya.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengaku bahawa populariti Anwar menggamit jutaan rakyat, khususnya penyokong Pakatan Rakyat. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

memang la berubah syimmm...sbb depan boleh , blakang pun boleh.

Anonymous said...

Parti politik boleh dtg dan pergi...
Yg diutamakan ialah NEGARA dan RAKYAT....bukan perut/akaun sendiri dan kroni...

Jom selamatkan negara daripada terus dijajah oleh BN/UMNO.
Pangkahlah dalam pilihan raya nnti...selain parti BN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails