Sunday, August 08, 2010

Ada Perkara Wajib Bersatu, Ada Perkara Haram -Presiden PAS

KL OGOS 8 10: Islam mengajar ada perkara yang wajib bersatu dan ada perkara haram untuk kita bersatu. Demikian penjelasan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai soalan kepadanya bahawa beliau dikatakan telah memberi signal yang PAS menolak ajakan Umno untuk bersatu atau bekerjasama.

Katanya lagi, wajib bagi PAS menolong mencegah masalah tetapi haram jika menyokong ke arah kemungkaran.

“Waktu PAS hendak melaksanakan hukum hudud di Kelantan, kita diberikan surat amaran, jika buat kerajaan pusat akan bertindak.

“Jika begitu bagaimana hendak bekerjasama dengan parti macam ini?” katanya.

Abdul Hadi menambah, PAS juga mengambil kira tanda keikhlasan dalam soal ini.

“Kita pernah memerintah dua buah kerajaan negeri sebelum ini iaitu Kelantan dan Terengganu. Apa yang Umno-BN tak buat pada PAS?

“Boleh disenaraikan. Apa yang Umno buat pada kerajaan Sabah sewaktu PBS menang?” kata beliau sambil menambah, “pemimpin-pemimpin Umno perlu muhasabah balik.”

“Anak-anak kita di universiti dinafikan biasiswa, pensyarah pula ada yang ditukar, dibuang daerah. Saya guna istilah buang daerah kerana Umno memang begitu. Hal ini amat menyentuh ahli biasa PAS,” katanya.

Sebelumnya, Presiden PAS itu berkata, berkata parti Islam itu tidak ego dalam soal perbincangan ke arah penyatuan orang Melayu tetapi tidak mahu Umno menggunakan pihaknya untuk “meringankan beban” akibat pentadbirannya selama ini. Umno juga perlu muhasabah dalam memperlihatkan keikhlasannya jika mahu menjalin kerjasama dengan PAS.

Abdul Hadi juga menjelaskan, PAS bersedia untuk menjalin kerjasama dalam soal-soal kebajikan, antara memerangi dan menghapuskan gejala sosial dan jenayah. “Tetapi kerjasama untuk memikul beban dengan masalah mereka (Umno) dengan penyakit yang memarakkan rakyat seperti rasuah, dia (Umno) ajak kita (PAS) berkawan semata-mata untuk meringankan beban dia, ini kita minta maaf.

“Kita bukan ego, tapi kita pertahan prinsip yang dianjurkan Islam dalam bersatu dan bekerjasama,” kata beliau dalam temu bual terbaru disiarkan edisi baru Harakah. Isu penyatuan Umno-PAS menjadi tumpuan sekali lagi sepanjang bulan bulan lalu, antara lain Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan sedia menjadi orang tengah ekoran permintaan beberapa pemimpin dari Umno dan PAS. (2MA)

2 comments:

Anonymous said...

http://uwaisqarny.blogspot.com/2010/08/dunia-perfileman-sampah-di-malaysia.html

Anonymous said...

Betul2. Cukuplah Islam dipermain2kan oleh BN/UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails