Thursday, November 26, 2009

Husam Nak Guling Tok Guru? Berhati-hatilah...


KAMI siarkan tulisan ini supaya anda pilih, baik jadikan tauladan, buruk cukup hanya takat sempadan, jangan lebih-lebih...


Nasihat pada (Blog) Manjung Mari dan Aduka Taruna dari Tulang Besi (Blog Malaysia Waves)

Bertaubatlah. Saya faham kita semua manusia dan boleh buat kesilapan. Saya tahu siapa yang jemput korang ke Kelantan. Siap disediakan transportasi dgn tempat tinggal. Siap dijanjikan itu, siap dijanjilkan ini.

Kemudian perkara pertama yang mereka bagitau ialah “Husam nak gulingkan Tok Guru, Arifahmi dan Pertahan Tok Guru dari kena guling”. Lepas tu dibawa lah jumpa orang itu, dibawa jumpa orang ini. Konon nak jadi saksi bahawa Husam ada agenda jahat nak guling Tok Guru.


SEEMUUAAAA tu fitnah. Macamana Husam nak guling Tok Guru kalau Husam takda “support” dari PAS Pusat? Hari ni Tok Guru digulingkan, Geng2 Terengganu terus akan namakan Taqiyuddin (misalnya) atau Nik Amar ke, atau Ustaz Ahmad Yaakob sebagai ganti. Watikah perlantikan ganti Tok Guru ini akan tiba-tiba sampai ke Istana Air Mata dengan bantuan Task Force 2010. Husam baru nak angkat sumpah, nanti kena halau balik.


Husam anak didik Tok Guru Nik Aziz. Beliau difitnah dan dinista teruk sebab UMNO tak boleh nak rosakkan imej Tok Guru. Jadi, UMNO rosakkan imej Husam Musa. Husam tak mungkin nak gulingkan Tok Guru sebab kalau dia buat begitu, imej dia akan jatuh merudum macam nangka busuk. Dan kita tahu siapa yang sebar fitnah Husam nak guling Tok Guru ni. Masa akan menentukan identiti si pembuat fitnah ini. Tunggulah, tak lari gunung dikejar. Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung yang tinggi terus didaki.


Sekarang zaman internet. Di Kota Baru, kedai kopi buruk pun ada Wi Fi. Apa benda buruk yang Husam buat, dalam sekelip mata akan sampai ke pengetahuan majoriti rakyat Kelantan. Projek Wifi tu pun projek PAS di Kelantan sehingga peniaga2 Kelantan terikut ikut sekali.
Ingat tak masa Nozula Mat Diah dan geng2 UMNO beliau membuat laporan BPR pada Husam Musa dengan bergantung kepada laporan2 dari blog Mohammad Sayuti Omar (editor Siasah yang sudah hendak bankrap tu). Husam disiasat atas bawah kiri kanan. Akhirnya, BPR hanya mendapat satu bil air yang berjumlah RM220 yang tertunggak 6 bulan. Dan, BPR mahu mendakwa Husam atas bil air tertunggak tapi tak jadi.

Laporan Norzula tu selonggok dan terdiri dari kesemua fitnah yang dilayangkan ke atas Husam Musa selama ini oleh musuh-musuh dalam Husam Musa. Tapi akhirnya terbukti fitnah KESELURUHANNYA (bil air tu tidak termasuk dalam laporan BPR Norzula Mat Diah).
Menyebabkan Norzula Mat Diah kena mintak maaf secara terbuka dalam Berita Harian seperti di bawah: Untuk laporan lanjut, sila baca di sini

Semua Manusia Tidak Maksum Kecuali Nabi Muhammad SAW (dan Nabi Isa AS bila Baginda turun nanti)


Nasihat saya pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dan bloggers seangkatan dengannya, marilah kita menyedari kembali kepada kebenaran.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tak perlulah memanjangkan fitnah-fitnah ini lagi. Semua orang boleh tertipu dengan fitnah hatta orang itu baik macamanapun. Cumanya, inilah pengajaran kepada bloggers semua supaya berhati-hati dengan “Patih Karma Wijaya” yang cukup ramai dalam PAS.

Anggaplah ini satu bentuk tarbiyyah dan pengajaran kepada kita betapa banyaknya “munafiqeen” dalam PAS. Kalau zaman Nabi SAW pun ramai Munafiqeen, inilkan pula zaman kita ni. Dan Aduka Taruna. Berentilah nak serang Tok Guru Nik Aziz pulak. Kembali lah ke pangkal jalan.

Memang Tok Guru tersilap, tapi Tok Guru bukan Nabi dan Rasul dan beliau sanggup membetulkan kesilapan beliau.
Mari kita hidupkan kembali kempen kita menjahanamkan Fraksi UMNO/Balachi Task Force 2010 dan halau mereka dari PAS bersama-sama. TAKBEERRRR!!!!!

dari Tulang Besi (Malaysia Waves)

Sekian, sekadar makluman. Berhati-hatilah, jangan terperangkap tidak mengenal siapa musuh sebenar.. (2MA)

Selamat Hari Raya.. klik sini..
Haji Adalah Bom Syahid. Selamat Hari Raya Semua

6 comments:

Unknown said...

Saya setuju 200 peratus,saya org kelantan dan saya tahu sedikit sebanyak pergolakan politik kelantan.
menurut maklumat yang ada memang di akui ada golongan puak-puak serigala lapar dlm kerajaan kelantan yg buat konspirasi nak jatuhkan tokguru tapi bukan Husyam.tapi sebaliknya puak-puak ini yg fitnah Husyam.

TEKONG DARAT said...

kadang2 penilaian manusia hanya pada cakap2 orang...
bukan pengalaman sendiri...
sebab itu saya berani cakap bahawa, kebanyakan blogger pakatan kini lebih menjadi wartawan berbanding pencetus idea...
dan berita pula untuk tukar orang itu dan tukar orang ni...
matlamat untuk guling umno dah kelupaan,....

Anonymous said...

Saya melihat Husam Musa sebagai seorang tokoh yang intelektual dan pragmatis. Beliau adalah diantara tokoh yang boleh menjadi pemimpin yang berwawasan. Sesiapa sahaja yang melebel beliau sebagai sebaliknya adalah tidak lain dari langau2 sahaja. Semua tohmah2 yang dilemparkan adalah berpunca dari keengganan beliau untuk bersetuju dengan penubuhan UG. Mereka tak boleh goyang TGNA mereka goyang pagarnya. Saya heran otak2 macam ini pun boleh jadi pemimpin dalam PAS.

Anonymous said...

Kredibiliti PAS hanya akan pulih jika sekiranya beberapa pemimpin2nya tiada lagi. Kebetulan hari ini saya telah mendengar CD Timb Presiden membuat penafian bahawa mereka terlibat dalam pakatan UG. Dalam Blog yang sama juga Ustaz Ahmad Awang mengesahkan bahawa terdapat pemimpin teratas parti meminta beliau berpakat dengan UMNO semasa penubuhan kerajaan di Perak selepas PRU12. Jadi siapa yang berbohong. Saya tak fikir Ustaz Ahmad Awang bohong.

Anonymous said...

Husam perlukan TGNA untuk kariernya dalam politik. Bagaimana mungkin beliau boleh main kayu tiga dengan TGNA. Kalau nak fitnah pun biarlah logik.

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan anonymous di atas bahawa demi kesinambungan perjuangan PAS, pemimpin '3 abdul'
tersebut wajarlah undur diri. Lagi pun bancian telah menunjukan bahawa ramai yang tidak suka mereka. Hanya sebab 'block voting' dan sifat 'walak' sahaja yang telah mengekalkan mereka dengan jawatan masing2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails