Saturday, November 28, 2009

Berhari Raya Begini.. Apa Kewajipan Kita, Fikir-Fikirlah!

Suasana Berhari Raya Di Palestin..

Gambar di atas: Kaherah/PNN –Penduduk Sinai menyatakan bahawa jet-jet pejuang Israel (diberi keizinan) menggunakan ruang udara Mesir untuk menyerang Gaza. Saksi mengatakan pesawat f16 terbang pada paras rendah dalam kawasan Mesir lalu menyerang kedudukan tertentu di Gaza.

Gambar ini pula: Zionis Israel melakukan serangan pada hari Jumaat lalu Nov 27, 2009 di Jalur Gaza pada hari pertama hari raya Idul Adha, mencederakan 4 orang Palestin, kata militer Israel dan pekerja medik Palestin. 4 warga Gaza yang dipercayai pejuang, salah seorangnya menderita luka serius dalam serangan tersebut, ialah anggota Jihad Islam, kata kelompok pejuang Jihad Islam.

Laporan dari lintas perbatasan menyatakan bahawa kekerasan datang di awal minggu ini dan menyarankan Israel dan Hamas dapat mendekati sebuah kesepakatan pertukaran tawanan yang akan menjamin pembebasan tentara Israel yang tertangkap. Tetapi pegawai Hamas mengatakan perundingan tidak boleh dilakukan dan akan ditunda sampai akhir hari ke 4 Hari Raya Idul Adha.

Maklumat Kekuatan..

Dari segi persenjataan..

1.. Israel berada di tangga ke-4 selepas AS, China & Britain.
2.. Untuk Perang Gaza, AS membantu Israel dengan 60,000 tan senjata.
3.. Pejuang HAMAS berjumlah 15,000 orang.
4.. Askar Israel 130,000 dan askar simpanannya 400,000 orang.
5.. HAMAS membina roket daripada bahan-bahan buangan. Badan roket daripada bekas tiang elektrik. Kabelnya daripada kabel di rumah-rumah. Bahan bakarnya daripada gula.
6.. Israel mendakwa memusnahkan hampir semua terowong (200 buah).
7.. Hakikatnya Gaza mempunyai 800 terowong dan 200 terowong yang rosak itu akan dibaiki dalam tempoh 3 bulan sahaja.
8.. Dalam Perang Gaza, HAMAS melancarkan 900 roket ke Israel, iaitu hanya 1 % daripada keseluruhan roket HAMAS.

Itu pertarungan Israel-HAMAS di Palestin untuk menegakkan Islam, bagaimana pertarungan untuk menegakkan Islam di Malayisa dan dunia seterusnya? Orang-orang bukan Melayu di Malaysia bukan musuh Islam. Musuh-musuh Islam sebenarnya ialah penghalang untuk menegakkan kuasa dan negara Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

(2MA)

4 comments:

baLdi MeraH said...

pakcik nk suruh kita berperang sesama sendiri ke pakcik?

baLdi MeraH said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Hasyim said...

Ya, T.kasih anakcik, atas tanya anda.

Akan rosak binasalah dunia jika tiada peperangan. Tiada perang akan bermaharajalah kezaliman dan keadilan lenyap.

Kalau rumah anda dihancurkan, keluarga anda dipisahkan, adik perempuan anda dirogol tanpa lasan.. anda tidak melawan? Akan musnahlah kedamaian. Rosaklah bumi ini.

Perang tidak semestinya dengan senjata saja. Ada perang ideologi, perang pemikiran, ekonomi dan
macam-macam.

Di Malaysia juga ada perang, tapi ikut gaya setempat. Kenali musuh sebenar. Kedamaian dan kelembutan, kadang-kadang perlu diragut atau direntap dengan kekerasan... dan pada saya hanya wujud melalui keadilan hakiki.

Wallahu aklam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails