Tuesday, November 24, 2009

JKM: Siti Hasnah DiIslamkan Bapanya Sendiri


NOV23 2009 JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini menjelaskan bahawa S Banggarma, atau nama lainnya Siti Hasnah Vangarama Abdullah, telah menganut agama Islam sebelum dimasukkan ke sebuah rumah kebajikan kira-kira dua dekad lalu.

Oleh itu, ketua pengarah kebajikan masyarakat menjelaskan, dakwaan bahawa wanita itu diislamkan semasa berada di bawah jagaan JKM adalah "tidak benar".

Datuk Meme Zainal Rashid berkata, semua dokumen yang masih disimpan menunjukkan wanita itu telahpun menganut agama Islam sebelum memasuki institusi kebajikan tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, JKM telah menjalankan siasatan berhubung kenyataan surirumah tersebut yang mendakwa telah diislamkan semasa ditempatkan di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu.

Daripada rekod yang ditemui, katanya, Siti Hasnah telah diislamkan oleh bapanya sendiri, yang tidak dinamakan, bersama adik-beradiknya yang lain pada 30 November 1983, berdasarkan tarikh yang terdapat di dalam surat akuan pengislaman ibu dan bapanya di Pejabat Agama Islam Rompin, Pahang.

"Tetapi beliau ditempatkan di rumah kanak-kanak pada Mac 1990 melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 bagi mendapat perlindungan setelah didapati merayau di pekan Sungai Petani tanpa arah tujuan," kata Meme.

Mengenai status agama wanita itu, tambahnya, ia kini dalam tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.JKM mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran siasatannya terhadap dakwaan Banggarma bahawa jabatan agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu masih kanak-kanak ketika ditempatkan di rumah kebajikan berkenaan.

Wanita itu mendakwa, dia menyedari mengenai perkara itu ketika hendak mendaftarkan perkahwinannya pada 200 (Malaysiakini/AK)

Lihat sebelum ini..
Saya bukan Islam, kata 'Siti Hasnah. Penyelesaian?...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails