Friday, November 27, 2009

Peralihan Kuasa K'tan, Husam Tak Perlu Tarik Diri.


oleh ASYOK KUMAR

PERALIHAN kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat... Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.

Menurut beliau, yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz, ketika diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan. Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti. Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:

"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."

Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu. "Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.

Sementara itu, Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim mengucap syabas kepada Datuk Ahmad Yakob. "Saya kenal beliau semasa saya pernah mengiringi beliau berceramah di Sarawak beberapa tahun lepas. Saya ucapkan syabas kepada beliau. Saya yakin keikhlasan beliau..." Kata Hj Mohd, se waktu ditemui lepas solat Hari Raya sebentar tadi.

Bila ditanya mengenai artikal dalam Blog Ibnu Hasyim '3 Calon MB Kelantan, Patutkah Husam Tarik Diri?', padanya...

"Kalau berlaku juga 3 pencalonan pemilihan pengganti Tok Guru seperti yang diwar-warkan itu, Saudara Husam tidak perlu tarik diri, atas 3 sebab:

Pertama: Kerana Tok Guru sendiri telah mengiktiraf kebolehan pimpinan beliau. Lihat L/Jawatan: Husam Bermanfaat Di K'tan & M'sia -Nik Aziz... Pada saya kenyataan Tok Guru itu seolah-olah memberi isyarat bahawa penggantinya yang sesuai adalah Husam, Timbalan PesuruhJaya Kelantan II. Menolak pencalonan itu, seolah-olah menghampakan harapan Tok Guru.

Kedua: Mengenai Timbalan Pesuruhjaya Kelantan I yang dikatakan lebih layak, Datuk Ahmad Yakob.. Sedangkan saya pernah difahamkan bahawa perlantikan beliau sebagai Timbalan MB Kelantan dulu pun adalah kerana campurtangan pihak luar PAS Kelantan, yang tidak dapat dielakkan.

Ketiga: Mengenai kelayakan Pesuruhjaya III pula, adalah tidak wajar kerana beliau sendiri membangkitkan masalah pengganti Tok Guru di media massa secara terbuka, yang beliau sendiri terlibat sebagai calonnya.

Tetapi, saya lebih bersetuju dengan pandangan TPK I Datuk Ahmad Yakob, bahawa peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana MB Tok Guru masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik."

Itu hanya sekadar percambahan pandangan.. Sekian. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails