Friday, November 27, 2009

Kerajaan Bayar RM1.5B Untuk Bangunan RM628J -Tony Pua


Tony Pua dakwa Miti beli Matrade RM1.5 bilion


SHAH ALAM- Ahli Parlimen :Petaling Ja:ya Utara, Tony Pua mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menerima Pusat Pameran & Konvensyen Matrade (MECC) daripada Naza TTDI bukan secara percuma kerana nilai hartanah yang ditukarkan lebih tinggi berbanding harga bangunan tersebut.

“Naza TTDI menerima tanah komersial di Jalan Mont Kiara dan Jalan Duta dengan harga yang sangat mustahil bagi kawasan tersebut iaitu RM197 juta bersamaan RM72 sekaki persegi sebagai pertukaran dengan MECC yang berharga RM628 juta,” katanya.

Menurutnya, nilai tanah komersial kawasan tersebut adalah sekitar RM300 hingga RM500 sekaki persegi dan berdasarkan nilai pembangunan di kawasan tersebut nilai bagi 65 ekar tanah adalah RM1.5 bilion, berdasarkan kenyataan perunding hartanah Kumar Tharmalingam yang merupakan Pengerusi Hall Chadwick Asia Sdn Bhd.

“Tanah tersebut terletak di kawasan bernilai tinggi dan jika harganya sekitar RM500 sekaki persegi maka kerajaan telah membayar Naza TTDI sebanyak RM 1.5 bilion untuk bangunan yang hanya bernilai RM628 juta.

Dapatkan berita penuh di Sinar Harian hari ini. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails