Saturday, November 28, 2009

Mawi Pinjam Wang Ceti Haram?

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Mawi atau Asmawi Ani, 28, terkejut apabila gambarnya digunakan oleh ceti haram untuk memperdaya orang ramai, menurut laporan MyMetro hari ini. “Mungkin sebab mereka tertekan dan cuba menggunakan orang yang mempunyai peminat dan pengaruh seperti artis untuk menipu, jadi saya harap orang ramai tidak terpedaya,” katanya.

Tidak dapat dipastikan samada menggunakan gambar artis tersebut boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah golongan artis terlibat dalam memimjam wang dari ceti haram itu. Sementara itu, Freddie pula berkata, dia mungkin akan membuat laporan polis kerana perbuatan itu boleh menjejaskan imejnya. “Walaupun orang ramai sedar ia satu penipuan, tetapi menyalah guna gambar artis adalah satu penganiayaan,” katanya.

Menurutnya, ceti haram sering menukar taktik untuk memperdaya orang ramai, tetapi menggunakan gambar artis baru kali pertama disedarinya. “Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum ada pihak terpedaya,” katanya.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan perbuatan sama dikesan di Johor Bahru, tetapi hanya poster Fasha Sandha digunakan sebagai bahan pelaris.
“Kami tidak ada kena mengena dengan along, jadi mereka perlu hentikan perbuatan itu,” kata beberapa artis popular yang gambar mereka digunakan ceti haram untuk 'memancing' orang ramai membuat pinjaman.

Berdasarkan tinjauan MyMetro di sekitar Ampang dan Bangsar, di sini, ceti haram terbabit telah meletakkan beberapa gambar artis tempatan antaranya Fasha Sandha, Mawi, Lisdawati, Diana Danielle, Cat Farish termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dalam iklan mereka untuk menarik keyakinan orang ramai.

Along mendakwa kononnya golongan artis dan VIP turut meminjam wang daripada mereka sebelum menjadi kaya serta memilih lokasi seperti di tiang elektrik, peti kuasa elektrik dan pondok telefon untuk menampal iklan berkenaan.

Langkah menggunakan gambar dan nama artis itu dipercayai akibat terdesak selepas perniagaan mereka semakin terhimpit dengan tindakan tegas pihak berkuasa baru-baru ini. Fasha Sandha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 25, berkata dia tahu mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab itu beberapa bulan lalu.

“Jika mereka memberi pinjaman tanpa mengikut undang-undang, ia satu kesalahan, tetapi apabila mempergunakan nama atau gambar orang lain untuk memperdaya orang ramai, mereka sudah melakukan dua kesalahan,” katanya.

Dia berharap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dihentikan segera kerana tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan ceti haram itu. (Sumber MyMetro/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails