Sunday, November 22, 2009

L/Jawatan: Husam Bermanfaat Di K'tan & M'sia -Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebutkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan Datuk Husam Musa adalah pemimpin yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negeri Kelantan, juga negara Malaysia seluruhnya.

"Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam."

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing. Portfolio kewangan yang dipegang beliau banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam. Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan. Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan. “Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.. Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah. Sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan Cina, wartawan Cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi. (Sumber: Harakah/2MA)

3 comments:

Anonymous said...

Memeranjatkan!

Konspirasi pertemuan antara pegawai-pegawai JPM dengan pimpinan PAS Kelantan di rumah Pak Nik Husin L’gar sehari sebelum Najib berada di KB beberapa bulan lalu

Konspirasi untuk “mengawal” TGNA dan menjatuhkan YB Husam! Antara yang hadir Ust Nik Abduh, Ust Saari Mustafa, Azhar Botak dan seorang exco Kelantan.

Yang berlaku sekarang di Kelantan ialah direct result dari perancangan di rumah Pak Nik Husin. Apa pula misi Azhar dan Pak Nik Husin ke Moroko beberapa hari selepas pertemuan dengan 5 pegawai JPM di atas?

Kassim Slamat

saudara rantau said...

Boleh jadi suatu cubaan pusat untuk menjaga sistem sekular peringkat kebangsaan, dimana usaha menyekat golongan yang sentiasa berusaha menegakkan sepenuhnya syiar Islam tidak sampai ke pusat

Anonymous said...

Ibu Hasyim,

Khabar angin cerita Husam Musa letak jawatan ni adalah "permainan" UMNO.Kalau JPM terlibat dalam sebarang pertemuan bermakna UMNO terlibat.Lihat saja rintitan "kejadian" - dari GENG UG Trengganu keSelangor dan sekarang keKelantan.Kita tidak semestinya dibawa bermain diatas papan catur UMNO kerana diatas papan catur UMNO itu PAS adalah sekadar "bidak" saja.Inilah masaalahnya dengan pemimpin-pemimpin PAS yang tak sadar ditunggang oleh UMNO.Segelintir pemimpin PAS ini berfikir,mereka itu bijak sebenarnya tak sadar jadi kuda tunggangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails