Thursday, November 26, 2009

3 Calon MB Kelantan, Patutkah Husam Tarik Diri?

Layakkah Husam ganti Tok Guru?

NOV 26, 2009. Semalam Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi MB Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi MB kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan MB dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan. "Semua calon layak, TMB lebih layak lagi sebab dia paling senior... (Cuma) Jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau juga mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai MB sekiranya beliau melepaskan jawatan itu. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia 'tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya satu hingga tiga'.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi. Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong. Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam.

Begitu, lebih kurang saringan dari kenyataan BERNAMA semalam. Jadi ada 3 calon MB Kelantan setakat ini, walaupun dikatakan Husam menolaknya, yang mengikut gambaran MB sekarang, 'tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya satu hingga tiga'.

1. TP I: Datuk Ahmad Yaakob
2. TP II: Datuk Husam Musa
3. TP III: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Siapa yang lebih layak, pengganti MB Kelantan? Layakkah Husam tarik diri? (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails