Wednesday, November 11, 2009

Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..

CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 8


DALAM catatan perjalanan Sri Lanka 4, kawan saya itu barjanji besoknya akan pertemukan saya dengan orang Melayu Sri Lanka. Memang selepas sholat Maghrib & Isyak (jamak& qasar) di masjid dekat hotel saya tinggal, saya ke internet kafe. Lepas itu saya ke restoran 24 jam bawah hotel itu, berehat-rehat cari bahan untuk tulis apa-apa berita yang memberi manfaat.

Disebelah bangunan hotel dan restoran, ada sepohon pokok rendang. Di bawah pokok rendang dan gelap itu saya lihat ada beberapa wanita dan lelaki sedang bercakap-cakap dan duduk-duduk. Lepas bercakap-cakap sepasang dari mereka menghilangkan diri. Lepas itu datang balik, tapi tinggal seorang sahaja iatu wanitanya. Lelakinya tiada, dah pergi kerana dah selesai. Begitulah wanita-wanita itu bertukar pasangan, hingga larut malam, atau mungkin hingga ke pagi.

"Apa yang encik perhatikan itu?" Kata seorang lelaki pekerja kedai makan yang sudah mula rapat dan jinak dengan saya. Rupa dia berbangsa Melayu, walaupun hanya boleh bercakap Melayu dua, tiga patah sahaja. Lain tu bahasa Tamil atau Sinhala dan Inggeris.

"Aku sedang lihat, perempuan-perempuan itu. Apa kerjanya malam-malam begini duduk bawah pokok itu?" Aku jawab.

"Enck tak tahu ke?" Dia macam terkejut. "Tu perempuan pelacur.. cari makan.. bukan Islam!"

"Tapi.. tak nampak cantik pun. Berselekeh saja. Ada ke orang nak?" Lebih kurang berumur antara 30 ke 40 tahun. "Yang sorang itu nampak macam mengandung 7 bulan!" Kataku agak-agak.

"Encik tengok sendiri le. Satu pelanggan 200 ke 300 rupee (100 rupee = RM3.71), kalau dapat 10 pelanggan se malam dapat 3,ooo rupee. Kalau 10 malam, sudah 30,000 rupee. Itu sudah hampir sama dengan gaji aku sebulan.. ". Dia jelaskan.

"Jadi mewahlah mereka?"

"Tak juga. Biasanya suami mereka itu penagih dadah. Tu sebab mengandung 7 bulan pun kena kerja juga!! Dengan dadah, mana duit boleh cukup?" Katanya. Kami sama-sama gelengkan kepala.

"Eh! Tu, mereka berdua itu pergi ke mana? Nak beraksi di mana?" Saya tanya.

"Encik nampak tu, dalam gelap bawah jejambat. Sebelah sana tangga naik ada kedai yang tertutup. Sebelah sini ada ruang kosong tepi stor, diletakkan kereta surung. Ha! Di situlah tempat lenjannya." katanya sambil tertawa kecil.

Hai.. Bawah jejambat pun jadi. Malam itu saya tak nampat sangat, kerana di situ sudut yang gelap. Paginya semasa saya keluar, saya sempat mengambil gambar. Itulah 2 keping gambar di atas. Atas sekali gambar jejambat, di mana disebelah bawah kirinya, ada ruang sikit kosong, tiada berdinding. Itulah dijadikan biliknya, seperti gambar di bawah. Tempat lenjan dan bergelumangnya.

Wallahu 'aklam. Besok sambong lagi, insya Allah.

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

Lihat lagi..


E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

3 comments:

JinPakaiSeluar said...

cerita nya bukannya, bawah jambatan pun jadi, tapi nak makan , buat apa pun jadi asal dapat makan, mungkin makan dadah, tetapi yang penting nya nak makan. itu soal asal nya, bukan sex.

Ibnu Rusydi said...

Assalamualaikum,

Tuan Haji, saya ada saudara seketurunan di Sri Lanka (Keturunan Kesultanan Banten). Nama dia Faiq Doella. Boleh dihubungi dengan emel faiqdoella@yahoo.co.uk no. phone dia saya tak ada.

Dia pun tengah 'mencari' asal budaya Melayu/Indonesia dia. Tuan Haji mungkin boleh try kontek dia untuk dapatkan maklumat tentang masyarakat Melayu di sana.

Anyway, di Sri Lanka sekarang, mereka dah tak gunakan istilah 'Sri Lanka Malay', tapi 'Ja-Minassu', yang 'Ja' tu merujuk kepada Jawa. Saya akan try explain artikel di blog saya bila ada kelapangan kelak.

Wassalam...

Ibnu Hasyim said...

Ibnu Rasydy,

Saya tertarik dengan kerjasama tuan. Bila saya lihat blok tuan, masya Allah saya tertarik sungguh.

Kita akan saling bertukar maklmat..

assalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails