Monday, October 24, 2022

PRU15: PAS jangan abai aspek kerohanian, tanding lebih 60 kerusi.

 


1. PRU15: Petugas PAS jangan abai aspek kerohanian 
Rahimin (kanan) bersama Syahrazan dan Asrul.

BEAUFORT: Petugas pilihan raya PAS perlu tampil dengan akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang tersusun.

Menurut Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Rahimin Mustafa, semua petugas parti perlu menjalankan peranan masing-masing secara efektif.

“Setiap jentera jangan mengabaikan aspek kerohanian seperti melaksanakan program munajat serta menampilkan akhlak yang baik.

“Semua petugas perlu mengikuti kursus yang dianjurkan sama ada daripada Jabatan Pilihan raya PAS di peringkat negeri mahupun kawasan,” ujarnya ketika merasmikan Pelancaran Jentera PAS Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) Zon Beaufort, kelmarin.

Beliau turut mengingatkan supaya aktiviti seperti solat hajat dan tazkirah yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak mesti disusun pelaksanaannya, agar rasa kebergantungan kepada Allah sentiasa ada dalam diri petugas.

Majlis pelancaran tersebut melibatkan ahli daripada tiga daerah iaitu Membakut, Beaufort dan Sipitang untuk menyelaras serta memperkemaskan lagi gerak kerja jentera sekali gus memberi motivasi kepada semua ahli yang hadir.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Beaufort, Uksahah Zubir, Pengarah Jabatan Pilihan raya serta Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Syahrazan Noh dan Asrul Samat. – HARAKAHDAILY 24/10/2022


2. PRU15: PAS dipersetujui bertanding lebih 60 kerusi

MARANG: PAS telah dipersetujui untuk bertanding lebih daripada 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

“Sehingga kini telah dipersetujui, insya-Allah PAS sudah dapat bertanding lebih daripada 60 kerusi, masih lagi dalam perbincangan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Markas Besar P.037 Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi. Turut berucap ialah Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman.

Beliau turut memaklumkan Yang Dipertua PAS kawasan, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak hadir pada majlis itu kerana ditugaskan menganggotai rombongan perundingan kerusi di Kuala Lumpur dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional.

“Saya sentiasa berhubung siang dan malam dengan mereka,” katanya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi juga menjelaskan mengenai proses pemilihan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

“Bagi PAS, nama-nama yang dicadangkan oleh cawangan, kawasan, nama-nama dibawa ke Majlis Syura Ulamak, dipanggil pesuruhjaya negeri-negeri, hadir sama, disebut satu-satu nama ni, bagaimana perangainya, sembahyangnya, akhlaknya, ada kes ke tidak,” jelasnya.

Menurutnya, ada dalam kalangan nama yang disenaraikan itu belum tentu diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

“Belum tentu lagi diluluskan siapa jadi calon. Satu kawasan (cadang) tiga, empat orang, ada yang Majlis Syura Ulamak dapat maklumat tak boleh bertanding, tak layak jadi calon PAS,” katanya lagi.

Beliau berkata, setiap calon PAS yang bertanding pada pilihan raya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. – HARAKAHDAILY 23/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU15: PAS jangan abai aspek kerohanian, tanding lebih 60 kerusi.

Itulah PAS bukan parti 'menghalalkan cara' seperti teori politik Niccolo Machiavelli yang bertentangan dengan agama Islam. Petugas PAS ditarbiah 'jangan abai aspek kerohanian'

Al-hamdulillah. 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Parti Islam PAS adalah parti yang bersih dari rasuah dll maka rakyat perlu mengundi PAS dan menolak kluster mahkamah dan puak kencing rakyat selama 22 bulan.

Islam juga mengharamkan umat Islam dari mengundi orang kafir dan puak munafik kerana mereka tidak pernah redha pada agama Islam dan umat Islam.

Firman Allah dalam An-Nisaa' : 144.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

Anonymous said...

Ingat lagi ayat power anuwar. Hari ini jadi kerajaan, esok harga minyak turun.

Kempen sekarang anuwar. Kita tolak rasuah. Kita tangkap yg curi duit.

Tapi belum apa apa, dah nak upah dengan 3 kerusi tpm. Rakyat malaysia jangan termakan retorik. Rakan politik anuwar ada kes trowong dan rumah banglo.

Anonymous said...

Kat kelantan xda judi. Kat kedah xda judi. Bukan retorik tapi realiti.

Beza ngan kat selangor. Ada judi. Kat n sembilan ada judi. Kat pulau pinang, judi menjadi jadi. Anuwar sembang kari. Sembang retorik.

Anonymous said...

Retorik anuwar. Muhyiddin x betul. Zahid x betul. Tghh x betul. Ismail x betul. Mahathir x betul. Dia angkat diri dia sorang jer betul.

Masalahnya dia sorang jer yg pernah masuk penjara. Rakan politik pun yg x bersih. Tapi sembang anuwar melambong tinggi.

Anonymous said...

Banyak tersebar yg konon Ameno bakal bergabung dengan Ph yg mana si anuwar bakal jadi Pm1 dan si Zahid jadi Pm2, manakala sabah & sarawak masing dapat kerusi Tpm selain dari Dap dan umeno serta pkr pun dapat kerusi Tpm maka jadi empat Tpm.
India pula akan diberi jawatan menteri kanan bersama Ismail sabri, dan matsabu.
Pentadbiran baru ini juga bakal nelantik semula tommytomas sebagai Ag, juga sekolah jenis kebangsaan cina akan menggunakan kurikulum kebangsaan beijing sesuai dengan nama kebangsaan china manakala sekolah jenis kebangsaan india akan diselaraskan dengan kurikulum sekolah tamil nadu.
Bahasa kebangsaan akan di pluralkan sesuai dengan "akidah pluralisma" anutan Ph.
Desasdesus ini diperkuatkan lagi dengan pernyataan zahid yg ameno sedia bejerjasama dengan pkr & dap tidak lama dulu yg menyaksikan team zahid mulai menjauh dan menibai parti pas untuk dijadikan alasan untuk memutuskan kerjasama dengan pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails