Monday, October 24, 2022

Bangga PAS mula Langkah Sheraton.. Tolak TPM 'mi segera'

 


1. TG Presiden PAS bangga memulakan Langkah Sheraton?

YA, kami ahli PAS turut berbangga dengan tindakan beliau yang memulakan Langkah Sheraton ini, sekali gus meruntuhkan ego Kerajaan PH yang semakin menampakkan wajah sebenar mereka walaupun baru berusia 22 bulan. 

Bukan sahaja ahli-ahli PAS yang merasa bangga, malahan ahli dan penyokong BN, BERSATU juga begitu. Tidak ketinggalan juga sebahagian ahli PH yang tertipu dengan janji manis PH sebelum PRU yang penuh penipuan itu.

Langkah Sheraton jelas satu langkah yang tepat. Ia tidak jahat sebagaimana Langkah Kajang yang mahu mengenepikan Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dengan fitnah dan menggantikan beliau dengan seorang yang hampir ke penjara. Kemudian berkeras mahukan bininya menjadi Menteri Besar, sedangkan tiada kelayakan dan janji mereka untuk PRK Kajang, tiada berbangkit perkara menukar Menteri Besar.

Ia juga tidaklah sehodoh Deklarasi Setapak yang cuba mengenepikan hak keistimewaan Melayu serta Raja-raja Melayu. Deklarasi yang diangkat untuk diterima kerajaan itu, akhirnya membawa kepada pertumpahan darah antara kaum dan agama, akibat ia ditentang oleh orang Melayu, penduduk asal negara ini yang merasa marah.

Ia juga tidaklah sebagaimana gerakan Malayan Union yang mahu menghapuskan dan menggugat kedudukan Raja-raja Melayu, hasil daripada buah fikiran British yang sedap menyedut hasil kekayaan kita. Semua gerakan-gerakan itu adalah gerakan batil yang tidak boleh kita terima sama sekali di tanah bertuah ini.

Idea Presiden PAS dalam Langkah Sheraton ini, telah diterima oleh semua pimpinan BERSATU, BN dan sebahagian PKR. Mereka ini termasuklah Tun Mahathir, politikus terlama dan paling berpengalaman. Semua pimpinan ini tidaklah bodoh untuk menerima tanpa kajian dan apa keuntungan. Jadi, matematik politik yang amat mudah kita gunakan, cadangan Presiden PAS ini sangat baik dan tidak menyalahi Perlembagaan, sebab itu ia diterima pimpinan utama parti-parti itu, termasuk Yang di-Pertuan Agong juga.

Rasulullah dahulu juga pernah dituduh sebagai penggugat kestabilan kerana dengan kehadiran Baginda ke Madinah, secara langsung turut mengambil alih jawatan ketua negara daripada Abdullah bin Ubai. Abdullah yang ketika itu, sedang dalam persiapan untuk ditabalkan menjadi orang nombor satu Madinah. 

Lalu Baginda dituduh pengacau perampas kuasa. Dan di sebalik tuduhan itu, Madinah kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Islam dengan berjaya menawan negara-negara kuasa besar waktu itu.

Semua orang gembira kerana dengan kehadiran Rasulullah itu, Madinah lebih berjaya dan stabil selepas itu. Hanya kaum munafik pimpinan Abdullah bin Ubai sahaja yang mendakwa Madinah semakin terancam, semuanya yang berkaitan Rasulullah adalah negatif. Dan oleh kerana dendamnya, Abdullah kemudiannya mengadakan satu pakatan yang penuh harapan, dengan musuh Islam, agar Rasulullah dan Islam dihapuskan, sedangkan dia telah berjanji akan menurut Rasulullah.

Jadi selepas PH jatuh, negara kita menjadi semakin stabil. Kita tiada masalah yang besar, ditambah lagi ancaman COVID-19 juga telah berlalu. Tabung Haji tabung kewangan bagi umat Islam itu mencatatkan keuntungan. Raja-raja tidak lagi dihina, kedudukan Melayu diperkukuhkan, kaum lain tidak diganggu, kebencian terhadap Islam dikawal dengan tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi pembencinya.

Rasulullah membawa Islam bersama Baginda sewaktu berhijrah, lalu mempraktikkannya, menjadikan kaum Aus dan Khazraj yang dahulunya berkelahi, semakin dihormati. Apa yang Rasulullah buat, Presiden PAS cuba ikut. Apa sahaja yang boleh membawa kebaikan maksima kepada Islam dan umatnya, PAS akan laksanakan. Gelarlah langkah apa sekalipun, jahat macam manapun, PAS akan terus melangkah ke arah itu, kerana ia memberi kebaikan kepada Islam. PAS tidak tersasul dengan tindakan hanya kerana musuh yang melabelkannya. Apatah lagi ia adalah musuh Islam.

Adakah dalam pakatan mereka, selain daripada kafir, pembenci Islam, penyokong LGBT, penipu, perasuah, juga terdapat munafik sebagaimana Abdullah bin Ubai itu? Kalau begitu, ramai jugalah kumpulan dalam pakatan mereka.

MOHD NASIR ABDULLAH
24 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 24/10/2022


2. PRU15: Janji TPM lebih seorang didakwa tawaran 'mi segera' 


KUALA LUMPUR: Cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi lebih daripada seorang calon termasuk daripada Sabah dan Sarawak dilihat sebagai janji 'mi segera' kumpulan terdesak mencari sokongan untuk menang pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan cadangan itu cuma janji politik sekadar memenuhi permintaan parti politik di Sabah dan Sarawak.

"Tawaran bersifat 'mi segera' adalah gambaran kumpulan terdesak. Saya yakin apa saja yang diminta kepada kumpulan terdesak ini, akan dijanjikan.

"Minta sungai pun mungkin diluluskan namun persoalannya apakah ia wajar dan baik untuk masa depan negara," katanya kepada BH.

Beliau mengulas cadangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan salah satu jawatan itu dilantik dalam kalangan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3 Papar memaklumkan jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan jaminan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dilantik, yang menjadi manifesto parti untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Jelajah PH Sabah mengumumkan dua jawatan TPM membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

Tuan Ibrahim menegaskan kewujudan jawatan TPM dalam kerajaan tidak perlu disandarkan kepada keperluan bagi pembangunan sesuatu wilayah sebaliknya signifikan kepada seluruh negara.

Katanya, jawatan Perdana Menteri dan TPM mestilah memikirkan kepada pembangunan seluruh negara.

"Tidak perlu wujud jawatan TPM bagi satu wilayah saja. Ia hanya akan menambah kos bagi kerajaan.

"Selama lebih 60 tahun kita merdeka, semua wilayah diberi perhatian sama. Bahkan kita telah wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apa yang penting bukan jawatan, tetapi perancangan pembangunan dan peruntukan kewangan bagi membangunkan negeri yang miskin bukan hanya di Sabah dan Sarawak tetapi juga negeri di Semenanjung.

Katanya, rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tawaran spontan dibuat, tanpa perancangan yang rapi, kerana pengalaman PH memerintah selama 22 bulan, dengan pelbagai janji dibuat dalam buku khas manifesto tetapi tidak dilaksanakan selepas mereka beroleh kuasa.

Mengulas lanjut, katanya pada masa ini, Perikatan Nasional (PN) tidak membincangkan mengenai jawatan TPM jika parti itu berkuasa nanti.

BERITA BERKAITAN

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bangga PAS mula Langkah Sheraton.. Tolak TPM 'mi segera' 

Insya Allah, al-hamdulillah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Tq tghh. Kerana memurnikan politik.

Politik hanya boleh dimurnikan oleh politisen yg bersih. Andai politik dipimpin oleh individu yg kotor macam anuwar, maka politik tidak akan murni.

Ingat lagi fitnah 90 juta. Ia adalah fitnah dari komunis eng guan. Sementara anuwar beri sokongan. Bahkan anuwar bawa fotostat gelap sebagai bukti bahawa fitnahnya adalah benar.

Politik fitnah adalah politik jijik dan tidak beretika. Tapi ia tidak dirasakan jijik bila sudah bergelumang dengannya.

Jangan gadai prinsip murni kerana dijanjikan tiga kerusi tpm.

Anonymous said...

Sejak anuwar ditongsampahkan dari parti kris, tiada perubahan positif. Melainkan terpenjara kerana rasuah dan salahguna kuasa. Kemudian banyak video video yg berkaitan salah laku seksual. Terkait juga salahlaku seksual hingga ke mahkamah.

Lompat parti adalah idea yg dimulakan oleh anuwar masa nak rampas kuasa dari pm ke 6. Ia menjadi trending sekarang ni. Trending sangat kotor. Sekarang nak gubal undang undang lompat parti. Politisian jenis sampah macam ni, yang merosakkan politik.

Sekarang anuwar nampak macam baik. Kata orang maintain hensom. Tapi percayalah bila dapat kuasa, tabiat lama akan muncul. Hotel, rasuah, akan digunakan sepenuhnya untuk bercanda bila dapat kuasa. Dulu kuasa tak penuh pun, dah ada macam macam maksiat. Nanti maksiat politik, maksiat aqidah dan maksiat serakah bertunas. Kerana benihnya sama sebelum berkuasa dan bertunas bila dapat kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails