Wednesday, October 26, 2022

DAP & PKR terdesak lagi? Ini..

 

Wong Tack (kiri) mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan Benting selepas digugurkan sebagai calon PRU15 oleh pucuk pimpinan DAP. Tempat beliau akan diambil alih oleh Young Syefura Othman.

1. PRU15: Wong Tack bertanding Bebas di Bentong selepas digugur oleh DAP sebagai calon

KUANTAN: Penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack hari ini mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan selepas digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh pucuk pimpinan DAP.
Menurut Wong Tack, keputusan bertanding secara Bebas dibuat atas tuntutan tanggungjawab terhadap rakyat.
"Saya ingin mengumumkan saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Bentong atas tiket rakyat. Seperti diumumkan DAP, nama saya tidak diisi sebagai calon di Parlimen ini untuk PRU15.
"Saya tidak termasuk dalam 'strategi besar' DAP bagi PRU kali ini," katanya mengumumkan keputusan itu dalam sidang media secara dalam talian hari ini.
Kata Wong Tack, sebagai anak jati Bentong, beliau tekad untuk mempertahankan kerusi disandangnya sejak PRU14.
"Sejak empat tahun lalu saya telah menjalankan tugas saya sebaiknya untuk rakyat di Bentong.
"Bentong adalah kampung saya dan saya komited untuk terus berkhidmat untuk rakyat di sini. Kita di sini ingin mewujudkan platform untuk kuasa rakyat, menanam benih harapan bukan hanya untuk Bentong tetapi negara," katanya dalam sidang media secara dalam talian pada Rabu.
Sehubungan itu, Wong Tack berkata, masyarakat di Bentong boleh memilih pemimpin untuk mewakili kawasan itu.
"Hari ini DAP telah memutuskan untuk tidak meneruskan persefahaman ini, jadi saya ingin jelaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menentukan masa depan mereka. Pilihan di tangan kita.
"Kami juga tidak berminat untuk permainan politik terutama untuk parti politik. Rakyat bukan buah catur," tegas beliau lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media memaklumkan, parti itu telah berbincang bersama Wong Tack sebelum membuat keputusan tersebut.
Bagaimanapun jelas Anthony, Wong Tack enggan menerima cadangan agar beliau ditempatkan sebagai calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands.
"Memang ada dicadangkan Wong Tack bertanding di Parlimen Cameron Highlands dan saudara Chong akan memberi laluan walaupun beliau merupakan ADUN Tanah Rata.
"Bagaimanapun beliau (Wong Tack) tidak bersetuju dengan pandangan tersebut… kita sebagai parti perlu buat keputusan dan saudara Chong calon paling sesuai bertanding di Parlimen Cameron Highlands apabila Wong Tack tidak menerima cadangan tersebut," jelas Anthony.
Tambahnya, keputusan meletakkan calon juga dibuat selepas kaji selidik dijalankan dan mendapati penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau Rara antara calon berpotensi menang untuk kerusi berkenaan.
"Kita nak Rara sebagai Ahli Parlimen wanita Melayu pertama DAP. Saya menaruh kepercayaan dan keyakinan penuh kepada beliau kerana beliau telah berkhidmat di kawasan tersebut sebagai ADUN dan mempunyai trek rekod yang baik.
"Jadi sokongan yang penuh daripada pengundi beliau di Ketari, itu saya yakin beliau boleh membantu parti mempertahankan kawasan Parlimen Bentong," jelas Anthony lagi.
2. Selangor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim 
Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Datuk Seri" yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak Istana berkata darjah kebesaran itu ditarik balik "berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor."
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dan negeri Selangor sertu kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.
Darjah Kebesaran Dato Sri Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992.
Komen Weblog Ibnu HasyimDAP dan PKR terdesak lagi? 
Oleh itu kembalilah kepada agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). Menjadi warga negara yang baik tidak semestinya memeluk Islam, bagi yang bukan Islam.
Bernaung di bawah payung Islam, tidak semestinya menjadi Islam. Bahkan kerajaan Islam wajib bertanggung jawab ke atas keselamatan rakyatnya, tak kira agama.
Untuk berkenalan dengan Islam UNDILAH PAS dan rakan-rakannya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Pee hancing memang terdesak pun selepas ditolak oleh rakyat kerana sesuka hati kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi.

Pee hancing tahu tanpa undi kaum Melayu, pee hancing tidak boleh memenangi pru.

Maka pee hancing menyerang, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam kerana mereka tahu sebilangan besar orang Melayu akan undi parti Islam untuk menghalang pee hancing dari memerintah negara dan menafikan hak Islam dan hak kaum Melayu.

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Siapa mastermind langkah kajang ? Sendiri korek lubang, sendiri terjun, sendiri tanam ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails