Sunday, October 23, 2022

Campur tangan dalam kehakiman, M/Peguam enggan..

 


1. Campur tangan sistem kehakiman dibimbangi berulang

KOTA BHARU: Pengakuan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ramai pemimpin Umno bakal dihadap ke mahkamah sekiranya gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku selepas ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kenyataan itu menyebabkan timbul persoalan dalam minda rakyat mengenai masalah yang dihadapi pemimpin tertinggi BN.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang pemimpin sebuah parti mengeluarkan perkataan sedemikian.

“Ni tidak sempat pilihan raya sudah bagi tahu apa yang akan berlaku selepas BN tewas. Kita daripada tidak tahu, jadi tahu..,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV sempena sambutan 32 Tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini. (Foto atas)

Turut hadir Mudir Pondok Baitul Qurro Wal Fuqoha Melaka Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini Pengerusi BN Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengingatkan pemimpin BN perlu menang besar dalam PRU15 bagi mengelakkan ditimpa nasib lebih buruk seperti pendakwaan politik seperti dihadapinya ketika ini.

Bagaimanapun Presiden Umno terbabit mendakwa kenyataannya disalah tafsir pihak lawan.

Ahmad Marzuk yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, imej Umno kini tercalar dengan beberapa siri salah laku.

Kata beliau sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN tiga teras pentadbiran negara iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman bakal celaru sebagaimana sebelum 2018.

“Sejarah mencatatkan Tun Salleh Abbas pernah digugurkan dari jawatan Ketua Hakim Negara kerana penghakimannya secara adil dan tidak menepati kehendak pemimpin negara ketika itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2022


2. Siasatan: Tommy Thomas, Majlis Peguam enggan beri kerjasama 

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Majlis Peguam enggan memberi kerjasama dalam siasatan terhadap dakwaan kandungan buku memoir My Story: Justice In the Wilderness, demikian menurut laporan dokumen rahsia yang telah diubah statusnya, baru-baru ini.

Laporan yang disediakan Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat 19 dakwaan yang terkandung dalam memoir itu turut mendedahkan bahawa Thomas menerusi surat bertarikh 5 Jan lepas yang dihantar kepada Pengerusi PPK menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan memberi kerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding pasukan tersebut.

PPK memaklumkan Thomas turut mempersoalkan mengenai penubuhan dan kesahihan pasukan berkenaan.

“Surat beliau adalah berdasarkan tanggapan sendiri bahawa PPK dibentuk untuk menyiasat tindakan beliau menggunakan budi bicaranya sebagai Pendakwa Raya, di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan prosiding yang bersifat jenayah,” menurut PPK dalam laporan itu.

Buku yang diterbitkan pada atau sekitar 30 Jan lepas telah menimbulkan kekecohan pelbagai pihak mengakibatkan kira-kira 244 laporan dibuat oleh individu mahupun kumpulan terhadap Thomas dan buku itu.

PPK ditubuhkan sebagai badan siasatan pencarian fakta untuk menjalankan semakan dan analisis mendalam terhadap keseluruhan kandungan buku dan telah mengadakan tidak kurang 37 sesi perbincangan, antara lain untuk meneliti sama ada penerbitan buku itu telah menyalahi atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai kepada pejabat Peguam Negara (AG).

Pasukan itu juga akan menentukan sama ada buku tersebut telah mendedahkan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pengarang, pelanggaran etika profesional, atau kelakuan oleh pengarang.

Menjelaskan lanjut, PPK berkata pandangan Thomas adalah tidak berasas dan beliau nampaknya telah salah faham tentang peranan dan tugas PPK.

“Pertama sekali, dalam apa jua keadaan sekalipun, PPK akan bertindak sebagai pengganti kepada penyiasatan jenayah yang sewajarnya oleh polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kuasa siasatan telah dan akan sentiasa terletak di bawah agensi penguatkuasaan mengikut undang-undang yang berkaitan. Agensi penguatkuasaan mungkin merujuk kepada laporan kami sebagai asas untuk memulakan arahan khusus dalam penyiasatan mereka namun mereka sepenuhnya boleh bertindak atas budi bicara mereka.

“Kedua, kami tidak menyiasat TSTT (Tan Sri Tommy Thomas). Kami sedang menyiasat kandungan buku seperti yang didedahkan oleh beliau dan menyiasat sama ada pendedahan beliau itu telah membuktikan prima facie atau sebarang pelanggaran undang-undang,” menurut laporan itu.

Mengenai Majlis Peguam, PPK menyatakan bahawa badan bebas itu dijemput untuk memberikan perspektif mereka tentang beberapa perkara yang didedahkan dalam buku itu, khususnya berkaitan pelantikan hakim, dakwaan ketidakcekapan undang-undang komersial di Mahkamah Rayuan, dan profesional etika.

“Bagaimanapun, kami kesal kerana Majlis Peguam Malaysia, melalui setiausahanya, menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian, kerana mereka tidak dapat mengesahkan atau mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh TSTT dalam buku itu,” katanya.

Perkara ini merupakan antara butiran dalam dalam laporan setebal lebih 200 muka surat itu.

Penerbitan laporan yang kini boleh diakses di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri itu disiapkan kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan ia didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, Ismail Sabri juga dilaporkan meminta agar bekas Peguam Negara itu disiasat atas kesalahan menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang disyorkan dalam laporan PPK. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Campur tangan dalam kehakiman, Majlis Peguam enggan beri kerjasama..

Ini sangat penting, perlu diatasi segera.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails