Monday, October 24, 2022

Pertingkat ilmu al-Quran. & Banjir menakutkan PM didesak.

 


1. Pertingkat ilmu al-Quran, Malaysia perlu jalin kerjasama dengan negara lain

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjalin kerjasama dengan negara Islam lain dalam menambah baik ilmu al-Quran, kata seorang daripada hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 hari ini.

Syeikh Dr Mohamed Ali Atafay berkata, umat Islam di Malaysia boleh mendalami 'manhaj' atau metodologi menghafal kitab suci itu yang diguna pakai di negara Islam lain untuk meningkatkan penguasaan ilmu itu.

Beliau menzahirkan rasa kagum apabila mengetahui ilmu hafalan al-Quran begitu dekat di hati umat Islam di negara ini kerana ia diterapkan sejak usia muda.

"Bahkan apabila saya berjumpa orang ramai di negara ini, mereka tahu saya berada di Malaysia untuk menjadi hakim MTHQA, jarang-jarang saya jumpa sambutan sebegini di negara lain," katanya kepada media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini.

Syeikh Mohamed Ali yang berasal dari Maghribi, berkata seramai 36 qari dari seluruh dunia terpilih menyertai pertandingan MTHQA pada tahun ini.

Beliau berkata, antara kriteria utama yang difokuskan ialah penguasaan tajwid, kefasihan dalam sebutan ayat, maqamat atau taranum serta kemerduan alunan suara ditampilkan peserta.

"Kebiasaannya yang memenangi pertandingan di Malaysia berpotensi besar memenangi pertandingan lain kerana Malaysia sudah lama menganjurkan pertandingan ini dan saya yakin barisan hakim juga amat berpengalaman luas dalam pengkhususan bidang masing-masing seperti taranum, tajwid serta qiraat.

"Saya berharap Malaysia dapat meneruskan penganjuran supaya negara ini terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman dan konspirasi, selain melahirkan lebih ramai hufaz yang akan menjadi pelapis pada masa akan datang," katanya.

Dr Maria Ulfa yang juga wanita pertama menjadi hakim MTHQA, pula memuji keterbukaan Malaysia memilih panel bagi mengadili pertandingan itu.

Beliau berkata, pembabitan dua hakim wanita termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff, menunjukkan Malaysia mengamalkan kesaksamaan jantina yang harus dicontohi.

"Dulu walaupun ramai peserta wanita, tetapi tidak ada hakim wanita. Ini membuktikan Malaysia sudah ke hadapan sebagai sebuah negara," katanya yang pernah menjuarai MTHQA pada 1980.

MTHQA 2022 bakal melabuhkan tirai esok dan orang ramai yang ingin menyaksikan pertandingan itu dijemput hadir secara fizikal di Dewan Pleno, KLCC atau menonton siaran langsung menerusi RTM TV1 dan media sosial JAKIM. – BERNAMA


2. Pendirian Menteri PN berasas, banjir menakutkan 

LANGKAWI: Kebimbangan banyak pihak terhadap risiko berganda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan akhir tahun ini, benar-benar menjadi kenyataan sekarang.

Semalam, hujan lebat dan ribut di Langkawi menyebabkan banyak tempat di pulau tersebut dilanda banjir.

Banyak rumah penduduk dan bangunan milik kerajaan ditengelami air. Malah pokok tumbang boleh dilihat di sana sini.

Menurut laporan Langkawikini, kejadian kepala air air terjun Telaga Tujuh menyebabkan seramai 44 pengunjung terperangkap pagi semalam.

Berdasar laporan media pada kejadian jam 10 pagi, pengunjung sedang beriadah di kawasan air terjun itu sebelum hujan lebat.

Ekoran itu gerakan menyelamat dilancarkan segera dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat serta polis.

Pengunjung yang terperangkap dibawa menyeberangi arus deras sungai menggunakan tali. Silap haribulan mereka boleh hanyut. Ia begitu menakutkan.

Air banjir juga melimpah di Habour Park yang menjadi lokasi tumpuan utama pelancong di pulau peranginan tersebut. 

Kejadian hujan lebat dan ribut petir di beberapa tempat menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran dan waspada kepada orang ramai.

Hujan lebat menyebabkan beberapa sungai melimpah termasuk Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Sungai Melaka di Padang Matsirat, Empangan Padang Saga, Kampung Belanga Pecah Mukim Kuah, Kampung Kilim Mukim Ayer Hangat.

Selain itu Kampung Telaga Ayer Hangat Mukim Ayer Hangat, Kampung Teluk Yu Mukim Ayer Hangat.

Sementara itu Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia bagi atur gerak anggota dan logistik di kawasan berlaku banjir.

Sebelum ini menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan tidak bersetuju PRU diadakan akhir tahun kerana bimbang risiko banjir.

Bagaimanapun banyak pihak melihat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tiada pilihan apabila berterusan didesak partinya sendiri. – HARAKAHDAILY 17/10/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pertingkat ilmu al-Quran. & Banjir menakutkan PM didesak.

Mengenai masalah banjir: 

'..sebelum ini menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan tidak bersetuju PRU diadakan akhir tahun kerana bimbang risiko banjir.

Bagaimanapun banyak pihak melihat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tiada pilihan apabila berterusan didesak partinya sendiri."

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Ngapa anuwar x nak bertembung dgn zahid. Sebabnya mudah. Zahid rakyat perak sudah maklum. Ada dailog tpon yg zahid dan anuwar sepakat utk bergabung. Itu demi survival politik zahid. Bukan survival politik org melayu.

Jika zahid menang ttp bn tewas, ada kemungkinan bn bergabung ngan pee hancing. Zahid pun madir, boleh flip flop. Ini langkah sheraton ke dua.

Beza sheraton satu dan dua. Sheraton satu demi politik bumiputera. Syeraton dua demi politik peribadi tergadai kepentingan melayu dan Islam penduduk asal negara ini. Kuasa sultan pun boleh tercabar.

Jadi politik peribadi anuwar dan zahid mesti rakyat tolak.

Anonymous said...

Pintu GTA utk Tun Mahathir bergabunh dengan PH sudah tutup..

Pintu Mahkamah saja terbuka luas untuk Tun dan Anak cucu selepas PRU 15


Mme nak kena celaka kali ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails