Monday, October 24, 2022

Darurat jika banjir besar.. & PN akujanji tolak rasuah.

 

1. Darurat boleh diisytihar jika banjir besar hari mengundi

KOTA BHARU: Sekiranya berlaku bencana banjir besar ketika hari mengundi kerajaan ada pilihan untuk membuat pengisytiharan darurat bagi mengelakkan pilihan raya daripada diteruskan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan darurat boleh dilakukan kerajaan apabila berlaku banjir besar pada hari pengundian.

“Hanya satu perkara yang boleh menghalang pilihan raya daripada diadakan iaitu melalui pengisytiharan darurat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kelantan Go Digital di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu penamaan calon 5 November dan pengundian awal 15 November manakala hari mengundi 19 November 2022.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata, PAS akur dengan keputusan tarikh pengundian seperti diumumkan SPR.

Menurutnya PAS sebagai sebuah parti politik menerima keputusan apa yang ditetapkan SPR.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi dan nama calon yang akan bertanding, kata beliau setakat ini masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Katanya pada dasarnya, PAS telah mengemukakan senarai nama ke peringkat pusat dan sekarang pada fasa menentukan siapa calon yang akan bertanding.

“Kita ada calon muka baharu dan lama akan ditampilkan, kita juga ada terima tawaran untuk bertanding di kerusi lain, namun sekiranya tidak sesuai kita tidak akan terima,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2022


2. Muhyiddin akui Tok Pa bertanding guna logo PAS 

KOTA BHARU: Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menandatangani akujanji dan lafaz ikrar menolak rasuah.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akujanji dan lafaz ikrar itu menunjukkan komitmen calon mewakili PN supaya tidak melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Amalan ini telah kita lakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka dan semua calon nanti akan angkat sumpah lafaz ikrar dengan nama Allah bahawa mereka bersungguh-sungguh menentang dan tidak akan membuat sesuatu yang menyalahi akta SPRM.

“Tindakan tersebut bagi memastikan semua calon mempunyai integriti yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Penyatuan Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut yakin PN mampu memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU15 berdasarkan semangat kerjasama yang kukuh antara parti PAS dan Bersatu di negeri ini.

Menurutnya dengan semangat dan kesepakatan yang kukuh di Kelantan lebih memudahkan gerak kerja bagi menarik sokongan rakyat.

Ketika berucap sebelum itu katanya juga calon Bersatu pun akan bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan sebagaimana diputus pada mesyuarat PN sebelum ini.

“Tok Pa (Dato’ Seri Mustapa Mohamed) dan Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz juga akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRU kali ini.

“Perkara itu diputus dengan mengambil kira Kelantan merupakan benteng kekuatan PAS sejak dahulu lagi. Bersatu bersetuju bertanding menggunakan logo PAS asalkan boleh menang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Darurat boleh diisytihar jika banjir besar hari mengundi... & PN akujanji tolak rasuah -Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin.

Al-hamulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails