Tuesday, October 25, 2022

Semoga filem ini terus menembusi platform penstriman global Netflix.

 

Vedigundu Pasangge dan Pulanaivu disiarkan di Netflix sebagai sokongan agar menaikkan semangat pembikin filem terus menghasilkan produk terbaik bukan sahaja untuk tontonan rakyat Malaysia, malah antarabangsa.

HALAMAN HIBURAN

Tiga filem Tamil tempatan di Netflix sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Tiga filem Tamil tempatan yang pernah menggenggam beberapa anugerah dalam dan luar negara berjaya menembusi platform penstriman global Netflix.

Vedigundu Pasangge (Rowdy Folks), Paramapatham (The Snake & Ladder Gameboard) dan Pulanaivu sudah menemui penonton sejak bulan lalu.

Kemunculan tiga filem itu bertepatan sempena perayaan Deepavali sebagai tanda sokongan terhadap filem Tamil tempatan agar menaikkan semangat pembikin filem terus menghasilkan produk seni terbaik bukan sahaja untuk tontonan rakyat Malaysia, malah antarabangsa.

Diedarkan MyContent Distribution, filem Vedigundu Pasangge ditayangkan sejak 16 September lalu mengetengahkan kisah budak kampung, Theva yang terbabit dengan situasi kusut dan melihat segala sekelilingnya sebagai misteri.

Bergenre aksi komedi romantik dan drama, filem arahan TS Dr Vimala Perumal. Berdurasi 1 jam 58 minit, penonton dapat menyaksikan lakonan hebat, Denes Kumar, Sangeeta Krishnasamy, David Antonny dan Thangamani Velayuda.

Vedigundu Pasangge mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa Tamil pertama dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia sebanyak RM1.3 juta.

Penerbitnya, Denes Kumar berkata, kutipan dicapai dua minggu selepas filem dilancarkan di 55 pawagam seluruh negara serta lima pawagam di United Kingdom (UK) pada 26 Julai lalu.

"Vedigundu Pasangge memperoleh RM1,200 (£222) pada hari pertama di UK. Ia adalah koleksi pembukaan tertinggi untuk filem Tamil tempatan di UK," katanya.

Pada acara Festival Filem Malaysia Ke-30 lalu, filem Vedigundu Pasangge berjaya memperoleh Anugerah Khas Juri kerana menjadi filem berbahasa Tamil Malaysia pertama mengutip lebih RM1 juta.

Selain itu, filem Vedigundu Pasangge juga memenangi Malaysia Book of Records untuk Collection of Highest Indian Movie Theaters in Malaysia, Cinema Worldfest Awards (Musical Comedy), Calcutta International Cult Film Festival (Pengarah Filem Wanita Terbaik), South Film & Arts Academy Festival (Editor Terbaik, Susunan Seni Terbaik, Susunan Bunyi Terbaik), Pertandingan Filem Global Accolade dan Festival Filem Planet Barcelona (Lakon Layar Terbaik).

Filem Paramapatham diterbitkan Sai Nanthini Movie World disiarkan pada 14 Oktober lalu menjadi perintis dalam pembikinan filem di utara Malaysia.

Penerbitnya, Dr Latcha Perrabu juga pengasas Persatuan Filem India Kadaaram (KIFA). 

Filem fiksyen kedua, Paramapatham dicalonkan dalam pelbagai Festival Filem Antarabangsa dan memenangi anugerah dalam beberapa kategori. 

Antaranya, Festival Filem Norway (Sinematografi Terbaik), Festival Filem Tagore (Ciri Terbaik) dan Festival Filem Coimbatore, India (Penerbit Terbaik & Asing Terbaik).

Filem itu juga secara rasmi dipilih dan menjadi finalis dalam lapan festival sekitar UK, Itali dan banyak negara lain.  

Filem fiksyen, Paramapatham dicalonkan dalam pelbagai Festival Filem Antarabangsa dan memenangi anugerah dalam beberapa kategori. 

Paramapatham berkisarkan ahli arkeologi, Aroon bersama tiga rakannya, Jayakanth, Ganesh dan Kumar merancang mengembara ke bukit yang belum diterokai.

Mereka mengembara ke bahagian paling dalam bukit dan menemui Koloni British abad ke-18 yang sudah lama terbiar. Ketika penerokaan, mereka secara tidak sengaja menjumpai permainan papan purba dengan perkataan Parapatham diukir pada papan kayu.

Ia adalah bahasa Tamil kuno dan permainan berasal dari India. Mereka membukanya dan mula bermain.

Ciri-ciri menarik filem Paramapatham ialah keseluruhannya berkisarkan papan permainan penuh fantasi dan pengembaraan.

Animasi 2D & 3D dalam filem menjadi elemen menarik, selain lagu runut bunyi didendangkan oleh penyanyi Bamba Bakiya

di bawah label rakaman AR Rahman.

Malah, filem ini mengandungi visual menarik perhatian seperti luncur ais, belon udara panas, koloni pemandangan bukit terbiar dan tempat tersembunyi di Malaysia.

Elemen visual menjadi tonggak utama filem apabila memenangi Sinematografi Terbaik dalam Festival Filem Norway.

Filem Pulainavu pula menampilkan kisah Aishwarya yang muda dan cantik memulakan kehidupan di kolej dan bertemu dengan sekumpulan rakan baharu.

Seorang daripadanya jatuh cinta dan menagih perhatian, namun Aishwarya mahu memulakan hidup baharu selepas kecewa dengan percintaan lalu. Tetapi, pembunuhan mengejutkan berlaku. 

Berdurasi 1 jam 58 minit, filem arahan Shalini Balasundram dan Santhish Natarajan menampilkan Shaila V, Shalini Balasundram, Kabil Ganesan, Sarankumar, Krothigah Nair, Shabby, Ley Sharwind, KS Maniam, Shashi Tharan, Desmond Dass dan ramai lagi.

Terbitan di bawah produksi, Shaibha Vision Entertainment Sdn Bhd, Pulanaivu bukan sekadar filem, tetapi penuh dengan visual 'roller coaster' yang merangkumi emosi, keseronokan, ketegangan, rasa ingin tahu dan permainan minda.

Filem yang digabungkan dengan baik memikat hati kerana percintaan serta jenayah itu diangkat dalam beberapa anugerah seperti FBest Crime Thriller Feature Film (Toronto Tamil Film Festival 2020), Best Screenplay (11th Norway Tamil Film Festival) serta beberapa anugerah di Everest International Film Festival serta Chola Cinema Award. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga filem ini terus menembusi platform penstriman global Netflix.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails