Wednesday, October 26, 2022

Wanita pelancong diculik ketika ke kelab malam...

 


Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam

SEORANG pelancong wanita dilaporkan diculik ketika keluar ke kelab malam.

Dia dikatakan disimpan di dalam sebuah sangkar anjing yang berkunci selama 20 hari.

Penculik dikatakan telah menerkam mangsa ketika dia bersama seorang rakannya di lokasi lampu merah Angeles City, Pampanga, Filipina pada 17 September lalu.

Mereka dikatakan telah meminta wang tebusan sekitar £180,000 (RM 945,510) daripada keluarga wanita itu, yang berasal dari China.

Pihak Polis Batangas menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada penculiknya yang menahannya di sebuah rumah di Barangay Alangilan, selama hampir tiga minggu pada 6 Oktober lalu.

Mangsa merupakan warga Shanghai yang namanya dirahsiakan ditemui pegawai di sebuah kedai serbaneka di kampung itu dan dibawa ke balai polis.

Teman lelaki wanita itu membuat laporan selepas menerima video daripada nombor tidak dikenali di telefonnya yang didakwa menunjukkan teman wanitanya dipukul kayu besbol. 

Dia berkata, suspek kemudian menghubunginya meminta tebusan untuk kebebasannya.

Katanya lagi, dia mendakwa wanita itu telah dibawa pergi dengan menaiki Toyota Fortuner berwarna putih dengan dua warga China dan seorang warga Filipina mengemudi.

Pegawai penguatkuasa undang-undang menyerbu rumah tempat mangsa diculik namun suspek telah melarikan diri.

Unit anti-penculikan polis mengesahkan bahawa penculikan telah dilaporkan di bandar yang sama pada tarikh yang sama. –DAILY STAR

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wanita pelancong diculik ketika ke kelab malam... Diculik dikurung 20 hari ketika berseronok di kelab tersebut.

Kelab malam adalah simbol pusat maksiat dan kejahatan. Samada di dalam negeri atau di luar negara Malaysia. Orang Islam dilarang ke tempat-tempat maksiat begitu, walaupun di dalam negara sendiri.

Terdapat kritik-kritik dalam blog ini yang tidak senang dan memarahi sikap blog ini menyerang pusat-pusat maksiat. Kerana mungkin mereka kaki atau ejen maksiat, apa lagi ada yang menjadi 'penjilat juboq tak basuh' mengganggu tiap kegiatan dan dakwah Islam dalam blog ini.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails