Friday, October 28, 2022

Muhyiddin Yassin: ".. rela digelar sebagai pengkhianat oleh PH.. "

 


1. Dalam Kabinet PH ‘sangat berlainan dan amat luar biasa’

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pengalaman berada dalam Kabinet Pakatan Harapan (PH) ‘sangat berlainan dan amat luar biasa’ berbanding ketika berada dalam Kabinet sebelum ini.

Menurut Pengerusi PERIKATAN NASIONAL itu, tekanan yang diterima daripada menteri-menteri PH amat luar biasa dan lebih memburukkan keadaan.

Tambahnya, banyak permintaan mereka boleh membawa mudarat kepada orang Melayu, umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sebab itu saya beritahu Tun Dr. Mahathir Mohamad kita tidak boleh berada lama bersama PH, lagi lama Bersatu dalan PH, lagi merosot sokongan orang Melayu kepada kita,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Justeru, tegasnya beliau tidak akan sesekali mengkhianati bangsa, agama dan negara sekalipun ditekan pelbagai cara oleh musuh politik termasuk dengan gelaran pengkhianat.

“Saya rela digelar sebagai pengkhianat oleh PH daripada menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya

Pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional di Putrajaya, malam tadi beliau truut menyentuh perkara yang sama.

Katanya, beliau dan Ketua Penerangan PERIKATAN NASIONAL, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menjawab tuduhan kononnya Bersatu menjadi dalang dalam Langkah Sheraton sehingga tumbangnya kerajaan PH.

Mengenai program jelajah itu, Muhyiddin melahirkan rasa gembira melihat sambutan hangat daripada warga Putrajaya yang datang untuk mendengar penerangan dan penjelasan tentang keberadaan PERIKATAN NASIONAL dalam politik negara.

“Saya mengulangi apa yang pernah saya sebut sebelum ini bahawa keberadaan kita adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan dan kepimpinan yang baik, prihatin, amanah dan penuh integriti yang dapat merencanakan pembangunan menyeluruh sehingga Malaysia kembali menjadi negara hebat.

“Saya percaya apabila hal ehwal negara diurus dan ditadbir dengan betul, beramanah dan bertanggungjawab, rakyat sudah tentu akan dapat menikmati hidup dengan lebih selesa dan selamat, bukan hanya untuk generasi kita, malah untuk anak cucu kita sekali.

“Bagi mencapai cita-cita ini setiap daripada kita perlu menggunakan hak mengundi pada 19 November depan untuk memilih sebuah parti iaitu PERIKATAN NASIONAL yang faham dan berupaya membela  nasib hidup rakyat,” tambahnya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri kelapan itu juga menyeru ibu bapa agar dapat memainkan peranan  menyedarkan anak-anak yang sudah layak, keluar mengundi dan memilih PERIKATAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam keadaan apa sekali pun. – HARAKAHDAILY 27/10/2022

2. PRU15: PN selesai agih kerusi di Semenanjung

KUALA LUMPUR: PERIKATAN NASIONAL (PN) telah memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti komponen di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu tarikh akan ditetapkan bagi setiap PN negeri untuk mengumumkan calon yang bertanding pada PRU15, lapor portal bersatu.org.

“Kita akan tetapkan tarikh untuk setiap PN negeri mengumumkan bukan sahaja kerusi tetapi calon-calon yang kita telah putuskan.

“Semuanya atas nama PN dan kita telah buat peraturan setiap kawasan-kawasan itu bilik operasi semuanya atas satu bumbung PN,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden PN di Ibu Pejabat Bersatu, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengeluarkan satu arahan agar semua parti dalam gabungan PN untuk saling membantu dalam PRU15.

“Kalaupun calon di situ adalah Bersatu, maka PAS dan Gerakan akan membantu.

“Ini untuk memperkukuhkan langkah-langkah dan menentukan jentera kita mantap ikut kawasan masing-masing. Itu yang telah kita muktamadkan tadi,” ujarnya yang juga Presiden Bersatu.

Muhyiddin juga melahirkan kesyukuran kerana tidak ada perkara yang luar biasa berlaku dalam perbincangan pembahagian kerusi.

“Saya rasa bersyukur kerana tidak ada satu perkara yang agak luar biasa berlaku, semua atas semangat setia kawan dalam PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/10/2022

3. Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam dilancarkan   

PUTRAJAYA: Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata inisiatif itu berdasarkan kerangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang mementingkan pembinaan Keluarga Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) dalam strategi pengukuhan institusi keluarga dan sosial.

Beliau berkata inisiatif itu susulan terdapat beberapa kes yang dilaporkan media mengenai keganasan rumah tangga serta masalah dalam institusi kekeluargaan dan sosial yang dilihat mampu memberi kesan kepada negara sekiranya tidak dibendung.

“Kita tidak mahu apabila telah sampai satu (peringkat) kemajuan dari segi material, namun ‘foundation’ (asas institusi sosial dan kekeluargaan) ini rosak sehingga menyebabkan kita terpaksa perbaiki balik menyebabkan kerugian dari segi masa dan wang ringgit.

“Pembangunan manusia iaitu modal insan ini mesti bermula daripada keluarga. Ketua kepada keluarga pula ialah lelaki yang merupakan tonggaknya. Dengan asas inilah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama agensi lain berjaya hasilkan dokumen ini, hasil perbincangan meja bulat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan dokumen ILQ di sini hari ini. 

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Idris berkata inti pati dokumen itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan kerjasama pemegang taruh dan pelbagai agensi agar usaha itu dapat disalurkan ke peringkat akar umbi menerusi bengkel perkahwinan dan sebagainya.

“Sekarang kita sudah mempunyai dokumennya, nanti pihak JAKIM akan lantik pegawai mereka untuk memerhatikan perjalanan inisiatif ini,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimMuhyiddin Yassin:  “Saya rela digelar sebagai pengkhianat oleh PH daripada menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.” 

Dan PN selesai agih kerusi di Semenanjung. Juga  dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam dilancarkan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

41 comments:

Anonymous said...

Apa beza pkr dengan bersatu.

Presiden pkr Anuwar ditendang dari umno kerana kes salah laku rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden bersatu Muhyiddin ditendang keluar kerana menegur kes 1mdb.

Anuwar membawa bersama rasuah dalam pkr. Muhyiddin menentang kuat rasuah sehingga sanggup disingkir.

Jadi Anuwar disingkir dalam keadaan yg menghinakan. Muhyiddin disingkirkan dalam keadaan yg mulia.

Jom pakat pakat sokong PN. JOM PAKAT PAKAT SOKONG PAS DAN BERSATU.

Unknown said...

Aduhh. Fakta yg salah

Unknown said...

Anwar disingkirkan kerana melawan tun m pasal ekonomi n ganggu bisnes anak tun..

Unknown said...

Tak ingat ke muhyiddin pernah kat pas ni parti ajaran sesat. Mudah lupa ni

Unknown said...

Marilah kita sokong ph pru 15. Pm DSAI

Anonymous said...

Berita x cerdik.

Mesti le rela gelaran pengkhinat.

Jadi pm boh. Pencen habuan tujuh keturunan.

Lagipun ada pemimpin pas x cerdik masih suka. Pemimpin kaya rakyat merana harga barang tinggi

Ha ha

Anonymous said...

Mana bukti ? Sembang kari.

Anonymous said...

Mana bukti ? Sembang kari.

Anonymous said...

Ketua pengkhianat: Hadi Awang
Blogger bodoh: Ibnu Hashim

Anonymous said...

Seruan cybertrooper roket untuk kencing umat Islam. Cukuplah 22 bulan agama Islam dihina dan kaum Melayu Islam ditindas.

Anonymous said...

Cybertrooper roket meroyan histeria kerana Muhyuddin tidak mahu menjadi boneka ternakan roket yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Cybertrooper dedak ternakan roket akan menfitnah sesiapa sahaja yang berani menentang agenda jahat puak kafir harbi.

Anonymous said...

Puak kafir harbi telah menghina , menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam dan kaum Melayu Islam sejak dari dahulu hingga sekarang.

Maka sekutu-sekutu roket terdiri dari puak munafiqun liberal dan syiah yang menjadi boneka roket.

Maka tidak hairanlah mereka berdiam diri setiap kali puak kafir harbi menghina Islam dan kaum Melayu Islam kerana mereka adalah pengkhianat yang sangat menjijikkan.

Berdiam diri bererti setuju dengan penghinaan puak kafir harbi ke atas Islam dan umat Islam.

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, kaum Melayu Islam dan Islam akan ditindas sebagaimana PAP menindas Islam dan umat Islam secara pentadbiran di Singapura.

Anonymous said...

Fakta yang betul dikatakan salah oleh cybertrooper ternakan roket kerana puak roket mempunyai lidah biawak. Falsampah roket ialah kencing hingga hancing !

Anonymous said...

Nak Malaysia Selamat Maju Makmur

2 Langkah saja perlu di lakukan

1. Lingkup kan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Jerlun... bermakna melingkup lah Tun dan legasi nya walau pun kiranya Tun menang di Langkawi.

2. Lingkup kan Brother Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I)di Tambun.

Insyallah Malaysia Maju dan Makmur.

Malaysia Memilih

Anonymous said...

Siapakah yang mahu ICERD dan Rome Statute dan Malaysian Malaysia dilaksanakan di Malaysia untuk menghapuskan hak Islam dan hak kaum Melayu Islam sebagai penduduk asal Tanah Melayu ?

Jawaban : Pee Hancing !

Anonymous said...

Siapakah yang memuja dan menyokong pengganas komunis PKM yang telah merompak, menyiksa, merogol dan membunuh ramai orang Melayu termasuklah imam, ulama, tok guru, penghulu, polis, tentera, guru, kakitangan awam, wanita, bayi, kanak-kanak dan orang tua dan menghina Islam, masjid dan surau dan membakar rumah-rumah orang Melayu ?

Jawaban : Puak kafir harbi roket dan barua-barua liberal mereka.

Anonymous said...

Siapakah yang menyokong rejim pengganas Israel dan menghina agama Islam dalam forum anjuran NGO Zionis di luar negara ?

Jawaban : Kepala bapak liberal mata satu.

Anonymous said...

Garispanduan calon PRU 15 : Orang Melayu diingatkan 'Pilih Calon Bukan Parti'.

Garispanduan bagi orang Melayu untuk memilih dan undi calon2 PRU 15 nanti seperti bawah ini..

1. Mana2 mana calon Melayu yang lawan dengan Melayu PKR.. tolak calon Melayu PKR yang berfahaman Gay LGBT dan Pluralisma Murtad

2. Mana2 calon BN dari kaum Cina MCA lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MCA dan undi calon Melayu tersebut.

3. Mana2 calon BN dari kaum India MIC lawan Calon Melayu bukan dari BN/UMNO .. tolak calon MIC dan undi calon Melayu tersebut.

4. Mana2 calon Melayu BN yang sokong ICERD, COMANGO, LGBT lawan calon Melayu yang pertahankan Islam tolak calon BN dan Undi Calon Melayu yang pertahankan Islam

5. Mana2 calon yang Melayu bukan dari UMNO/BN dan keluarga nya menyokong LGBT, ICERD, COMANGO, SIS, Syiah seperti keluarga Boboi Mukhriz, Mat Sabu, Khalid Gereja, Azmin Blur, Zuraidah, Tun Mahathir wajib ditolak dan di simen terus..!!

6. Mana2 mana calon bukan Melayu dari BN lawan calon Melayu liberal, pluralisma murtad dan spesies Pejuang GAY & liberal seperti Siti Kasim, Nurul, Anwar Ibrahim maka tiada pilihan lagi pada orang Melayu maka undi calon bukan Melayu atau buat undi rosak..!!

Senarai calon yang di PRU 15 untuk diberi perhatian serius demi bangsa dan agama.

1. Ampang (Local Council Election)
2. Temerloh (ICERD Liberal)
3. Port Dickson (Pluralisma Agama/LGBT)
4. Kajang (Wakil Pluralist)
5. Matang Pauh (Wakil Pluralist)
6. PARIT BUNTAR (Barua DAP/Syiah)
7. Kote Raja/Mat Sabu (Barua DAP/Syiah)
8. Jerlun (Liberal/COMANGO gereja)
9. Muar (Liberal/LGBT)
10. Shah Alam (Barua DAP/ Liberal)
11. Sepang(Barua DAP/Liberal)
12. Ahli UMNO/semua PKR support liberal (sudah dikenalpasti)
13. Langkawi (Acah2 Power Melayu Islamik)
14. Gombak ( Mat Blur/LGBT..)
15. Titiwangsa ( Lu fikir sendiri )

Lingkupkan Boboi maka melingkup lah keturunan acah acah power islamik selama lamanya sambil dalam diam diam anak cucu jadi pejuang COMANGO Gereja dan liberal LGBTdan pluralisma murtad ini.

Pemimpin akan datang perlu mesra Indonesia bukan Singapura. Pedulikan lupakan Singapura jiran yang suka membatu api adu domba pemimpin Melayu.

Mana mana pemimpin yang mesra DAP mereka juga adalah Barua Lee Kwan Yew iaitu barua Singapura...!! Pemimpin yang mesra Singapura wajib dicurigai. Pulau Batu Putih sudah tergadai Tun Mahathir pada anak Lee Kwan Yew.

Anonymous said...

INI KALI LAH KITA UNDI PN.
UNDI PN, ISLAM DAN KAUM MELAYU SELAMAT DAN SEJAHTERA.

INI KALI LAH KITA TOLAK :

1. PUAK KAFIR HARBI ROKET DAN BARUA LIBERAL MEREKA

DAN

2. PUAK KLUSTER MAHKAMAH.

Anonymous said...

Nasib anak cucu Mahathir sama buruk seperti nasib anak anak Suharto

Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sebarang perbincangan sedang berjalan dengan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Melindung jenayah AMLA Zety dan Taufik Ayman dan rasuah adalah satu kesalahan besar, Mahathir dan beberapa pemimpin PH dan bekas pemimpin PH bakal berhadapan kes melindung dan menutup jenayah Zeti dan Nazlan jika BN kembali berkuasa.

Satu demi satu muncul kebusukan yang banyak disembunyi dari pengetahuan rakyat.
Memoir atau autobiograpi Tommy Thomas “Justice in the wilderness’ yang mendedah salah laku Mahathir dan juga secara tidak lansung pembabitan Tommy sendiri dalam urusan campurtangan perlantikan hakim kini membawa padah kepada Pakatan Harapan dan Mahathir.

Pasukan petugas khas yang menyiasat dapati sememang ada kesalahan dan pelanggaran akta pelantikan hakim yang Mahathir sememangnya terkenal semenjak zaman Tun Salleh Abbas dan Vicky Lingam lagi.

Perlantikan Hakim Nazlan dan kemudian Ketua Hakim Tunku Maimon juga terkait penuh kontroversi dan salah laku perlantikan melanggar peraturan JAC.

Namun , dalam semua perkara ini , Tun Mahathir cuba mencuci tangan dan sepert biasa sentiasa salah kan orang lain atau salah kan keadaan.

Kes Tommy bakal dibuka , kes DSNR bakal rosak dan mungkin gugur jika sah ada kerja belakang tabir melantik Hakim Nazlan dan kemudian ketua Hakim khusus untuk mengenakan DSNR.

https://mykmu.net/2022/10/27/tommy-thomas-mengelabah-mohon-mahkamah-batalkan-laporan-pasukan-petugas-khas/

Selain Tun Mahathir , DAP juga cuba cuci tangan dan asingkan diri dari kena mengena dengan kes gangguan terhadap perlantikan hakim dan juga bidang kehakiman.

Anonymous said...

Kajian seorang penganalis dan pemerhati politik Datuk Dr Ramalan Yunus yang mendapati bahawa kajian nya mendapati Barisan Nasional berupaya menang besar pada PRU yang akan datang.

Kajian beliau yang menyeluruh dan tidak berpihak mengandaikan banyak Kawasan yang ada pertembungan lebih satu penjuru ada lah satu situasi ‘advantge’ kepada Barisan Nasional.

Selain itu faktor2 pada PRU14 yang lalu sudah tidak ada pada PRU15.

Lingkup kan Tun Boboi dan Brother Anwar Bin Ibrahim.

Insyallah Malaysia Selamat

Anonymous said...

Syed Saddiq Menteri paling MUDA turun naik mahkamah atas tuduhan rasuah diarah bela diri atas tuduhan subahat pecah amanah, ubah wang haram

-October 28, 2022 10:06 AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas tuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Bersatu. MUDA Bolehhh..!!!



#bolehblah

Anonymous said...

Muhiaddin dgn hadi,
Pembelot bersatu dgn perancang rampasan kuasa rakyat.
Gerakan - tolak hudud.
Cantik beno letew..

Anonymous said...

Silap besar mahiaddin ble bersama PAS, parti yg dari dlu umpama lalang, dan kaki kencing

Anonymous said...

Walaun lama dh dduk dlm gua, mlyu mmg malas membaca dan mencari fakta, hanya tunggu smua info masok ikut telinga tapi tk smpi ke otak utk d proses.

Anonymous said...

Blogger bodoh dan penakot, delete komen, smpi mati la.admin akan nafikn gerak nadi rakyat yg sbnr.. Blig syok sndiri..

Anonymous said...

Tiada bezanya dgn MCA dan parti Gerakan

Anonymous said...

MCA dan Parti Gerakan pon mahukan icerd..

Anonymous said...

Dan tok nenek ko pemuja british yg byk dh kristian kn penduduk malaya.. Komunis atau british, kesan nya sama pada islam pada masa itu..

Anonymous said...

Lebih malang lagi cara hidup dan undang2 british d guna pakai smpi kiamat di malaya..
Mne 1 yg mmudaratkan, komunis? British??

Anonymous said...

Kerajaan tebuk atap adalah jauh lebih baik dari kerajaan yang anti-Islam dan anti-Melayu. Cukuplah 22 bulan.

Anonymous said...

Biasalah RBA @ barua-barua dedak suka menjilat pee hancing yang telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi.

Anonymous said...

Wah RBA @ barua dedak rasis lahir dalam gua sibuk main politik persepsi dan mencipta cerita karut untuk kencing rakyat. Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hingga hancing.

Anonymous said...

Hoi RBA bodoh berlapis-lapis ,
1. Adakah blogger pH akan membenarkan komen-komen anti-pH disiarkan dalam media pH ? Komen aku dah banyak kali didelete oleh blogger pH.

2. Kita sokong tuan Ibnuhasyim delete semua komen-komen sampah hancing yang ditulis oleh RBA @ barua upahan dedak cap roket keraba tidak memlunyai nikai akademik.

Anonymous said...

Pembetulan :

2. Kita sokong tuan Ibnuhasyim delete semua komen-komen sampah berbau hancing yang ditulis oleh RBA @ barua upahan dedak cap roket kerana tidak mempunyai nilai akademik.

Anonymous said...

Mengapa kamu menjilat parti kafir harbi ?

Anonymous said...

pH yang memerintah negara yang mahu ICERD dll dilaksanakan tetapi gagal kerana ditentang oleh jutaan orang Melayu.

Anonymous said...

Orang yang bodoh dan tidak bermoral sahaja yang menyokong, memuja dan membela PENGGANAS komunis PKM.

Anonymous said...

Mengikut kajian lain, semua parti politik tidak akan mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan pusat kerana pecah undi.

Kajian mengampu BN tidak boleh diterima pakai.

Anonymous said...

Harga barang meningkat tinggi sejak zaman BN dan PH lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails