Saturday, October 29, 2022

K'tan bersama artis. Anak muda mesti turun mengundi ..

 

Ahmad Yakob di samping Rosyam pada Majlis Meraikan Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan 2022 di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada 28 Okt 2021.

HALAMAN HIBURAN

1. Kerajaan Kelantan tidak pinggirkan artis

PUTRAJAYA: Kerajaan Kelantan tidak pernah meminggirkan golongan artis, selebriti dan penggiat seni tanah air, malah kebersamaan selebriti diiktiraf sebagai simbol kepada pengukuhan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang berjaya dirakyatkan bukan sahaja di negeri Kelantan bahkan di peringkat Malaysia dan antarabangsa.

Begitu kata Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan, Ahmad Yakob ketika merasmikan Majlis Meraikan Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang penuh mahabbah di Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.

“Ekoran pandemik Covid-19 sebelum ini, sudah lebih dua tahun tidak berlangsung program seperti pada malam ini,” ujar beliau.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Kelantan,  Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman. 

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan selebriti dan anak seni tempatan antara yang hadir termasuklah ikon seni tanah air, Datuk Rosyam Noor, Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi; Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion.

Turut hadir ialah pelakon Mustapha Kamal atau dikenali juga sebagai Abe Mus, Sabri Yunus, Mek Habsah, Angeline Tan, penyanyi Jefrey Din dan ramai lagi. 

Ahmad Yakob beliau turut menghargai pandangan Rosyam mengenai pembangunan dan inisiatif untuk memartabatkan seni tanah air khususnya di negeri Kelantan.

Ini kerana Kelantan sememangnya terkenal dengan sebagai gedung budaya yang kaya dengan warisan seni turun-temurun. 

Sabri Yunus dan Angeline Tan antara artis yang hadir pada Majlis Meraikan Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan 2022 di Putrajaya.

Sehubungan itu, pada majlis tersebut, pemimpin kerajaan Kelantan juga turut mengadakan perbincangan dan berkongsi pandangan dengan selebriti dan anak seni tempatan yang hadir dalam usaha memaju dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan negeri pada masa hadapan. 

Sementara itu, Md Anizam Ab Rahman berkata, berhibur bukan sesuatu yang salah, tetapi apa yang salah adalah tingkah laku yang melampaui batas ketika berhibur.

“Pada 22 Oktober lepas sebagai contohnya, kerajaan negeri Kelantan telah menghimpunkan penggiat seni wanita anak Kelantan dalam satu majlis khas untuk kaum hawa sahaja. 

“Penggiat seni tersohor, Datuk Nora dan rakan-rakan diraikan dan telah dinobatkan sebagai ikon seni wanita kelantan di samping penyanyi veteran, Rosemaria Abdul Hamid yang pernah bergelar Juara Bintang RTM 1977.

“Pada 13 Mei lalu pula, bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus telah dinobatkan sebagai duta anak seni Kelantan bersama ramai lagi pendikir-pendikir lain sebagai satu bukti penhormatan dan pengiktirafan kerajaan negeri kepada anak seni para pendikir,” ujarnya. 

Tambah Md Anizam, kerajaan Kelantan juga tidak meminggirkan artis bukan Islam untuk berkarya melalui platform dan budaya masing-masing.  

“Contohnya, adik Dennis Koit Jun Leong yang tampil dengan lagu berkonsepkan rap 3 bahasa iaitu bahasa Kelantan, Cina dan Inggeris.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya negeri itu.

“Program sebeginilah yang akan berjaya mendasari hati nurani serta menyelami jati diri masyarakat yang membawa kepada jalinan ukhwah dan kemesraan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/10/2022


2. PRU15: Anak muda mesti turun mengundi 19 November 2022 

SERAMAI 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara mesti turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 (Sabtu) dan bakal menentukan wajah baharu negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan SPR, 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun. Jumlah umur pengundi tertinggi antara 30-39 tahun melibatkan seramai 4,681,348 orang. 

Sementara itu negeri dengan jumlah pengundi tertinggi pula adalah di Selangor iaitu sebanyak 3,688,848 pengundi diikuti Johor (2,593,562) dan Perak (2,005,362). Dalam situasi PRU15, hanya Negeri Perak melibatkan Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bilangan pengundi muda berkenaan adalah 50.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU kali ini iaitu 21,173,638 orang dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 adalah menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan pada Ogos 2022 yang dikemaskini hingga 9 Oktober 2022. 

Sejarah turut menunjukkan kuasa anak muda mampu membuat perubahan besar dalam landskap dunia, mahu pun negara termasuklah dalam PRU14 dan kini sejarah bakal berulang lebih-lebih lagi kali ini melibatkan pertambahan pengundi automatik yang tinggi.

Berdasarkan kira-kira 30 peratus pengundi PRN Johor yang lepas adalah golongan muda iaitu yang berumur 18 hingga 21 tahun, dengan kata lain, anak muda akan menjadi ‘king maker’. Cuma yang paling penting jangan  disia-siakan undi anda. 

Inilah masa yang terbaik dan amat penting buat anak muda untuk turun mengundi beramai-ramai serta memilih pemimpin berintegriti tinggi yang akan membentuk kerajaan yang bersih dan stabil untuk Malaysia Sejahtera, Insya-Allah.

Moh kome semua #AnakMudaTurunUndi pada 19 November 2022 (Sabtu) dan buktikan anak muda bijak memilih. Anak muda Perak terbaik!

USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda 
PERIKATAN NASIONAL Perak – HARAKAHDAILY 27/10/2022  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan bersama artis. Anak muda mesti turun mengundi..

Islam tidak menghalang hiburan.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir Rafizi masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14 pada BN.

'Hate factor” yang digunakan oleh musuh Barisan Nasional pada PRU14 tidak menjadi kali ini menjelang PRU15.

Sehingga saat di tulis ini , Tun Mahathir masih gagal membuat ‘wave kebencian’ setara pru14.

Cubaan Mahathir menghasut rakyat perguna isu UMNO sebuah parti korupsi dan cuba bebaskan pemimpin korup mereka jika menang PRU15 juga tidak dipedulikan oleh rakyat kerana pengetahuan rakyat berkenaan kes penuh kecacatan dan ketidakadilan itu membuat mereka lebih sayang kepada mangsa kes ‘fabricated’ Datuk Seri Najib Razak.

Isu 1MDB memakan diri bagi mana mana pihak yang ingin bermain isu 1MDB kerana banyak wang pulangan 1MDB hampir RM35 bilion tidak dapat dijelaskan kemana pergi nya setelah di kembalikan.

Rafizi Ramli juga masih belum mendapat 'hati waru' apa yang dia mahukan. Rakyat tidak sambut pun isu2 yang dibawa oleh Rafizi.

Tidak seperti PRU14 dimana kisah dongeng cincin Rosmah mendapsat sambutan rakyat dan segala formula2 Rafizi disambut

Akhir nya apabila rakyat dapat tahu semua nya pembohongan belaka, maka Rafizi sendiri lari dari politik dan buat kerja belakang tabir.

Kini, terhegeh hegeh Tun Mahathir dan Rafizi mencari ‘wow’ factor untuk berhadapan dengan BN namun belum berjaya lagi.

Cuma BN tidak sebijak pihak lawan untuk ‘exploit’ isu2 itu seperti PH pada pru14. Terlalu banyak peluru yang perlu dimainkan oleh BN pada PKR PH dan Tun Mahathir.

Hala kan muncung senapang pada mereka dan tembak saja ke semua arah pasti mengena sasaran semuanya..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails