Wednesday, October 26, 2022

BERSATU sokong MB PAS Perlis. & Muallaf Sabah..

 


1. BERSATU sokong MB PAS jika PN tawan Perlis

KANGAR: BERSATU Perlis akan menyokong pentadbiran yang dipimpin PAS dan calon Menteri Besarnya sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis Abu Bakar Hamzah.

Abu Bakar berkata PAS telah lebih lama bertapak di Perlis berbanding BERSATU yang merupakan parti politik baharu di negeri itu dan pastinya PAS mempunyai pengalaman luas untuk mengurus tadbir kerajaan negeri nanti.

“Kita (BERSATU Perlis) anggap PAS sebagai ‘abang’ dan sedia memberi sokongan jika Menteri Besar Perlis nanti dilantik daripada wakil rakyat PAS,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini dilaporkan memberi bayangan bahawa calon Menteri Besar akan dilantik daripada PAS jika PN berjaya menawan Perlis.

Perlis mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

Abu Bakar berkata beliau tidak melihat perkara itu merugikan BERSATU kerana misi utama parti menerusi gabungan PN adalah untuk mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN).

“Misi utama kita adalah membangunkan Perlis dan membawa perubahan kepada rakyat negeri ini,” katanya.

Abu Bakar, yang disebut-disebut akan bertanding di kerusi DUN Kuala Perlis, berkata hasil perbincangan dengan PAS sebelum ini secara dasarnya BERSATU akan bertanding di enam kerusi DUN, manakala PAS di sembilan kerusi DUN.

Untuk Parlimen, BERSATU hanya akan meletakkan calon di satu kerusi Parlimen iaitu Kangar manakala dua lagi adalah PAS.

Abu Bakar berkata PN akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding dalam masa terdekat. – BERNAMA


2. PAS usaha beri kefahaman Islam kepada mualaf 


KOTA BELUD: PAS berusaha memberi kefahaman Islam kepada masyarakat terutamanya mualaf supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Adzmin Awang, pihaknya menyasarkan agenda utama memberikan ilmu kepada penduduk kampung selain menjaga kebajikan mereka menerusi Program Misi Dakwah dan Kebajikan.

Katanya, program selama dua hari itu lebih kepada mengajar ilmu mendalami tentang pengurusan jenazah, memperbaiki solat, menutup aurat dan hukum asas dalam Islam.

“Kami mengharapkan, dengan ilmu yang diperolehi, mereka mampu mengamalkan apa yang dipelajari contohnya dapat menguruskan jenazah penduduk kampung sendiri tanpa perlu lagi bantuan daripada luar,” ujarnya selepas selesai program berkenaan di sini, kelmarin.

Beliau turut mengharapkan, penduduk kampung itu terus mengingati ilmu yang mereka pelajari dan hidup dengan cara Islam kerana sebahagian daripada mereka adalah mualaf.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS negeri, Nur Izzati Yusof, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Ustazah Rosnani.

Lebih 100 orang penduduk hadir ke program anjuran LKK PAS Sabah dengan kerjasama PAS Kota Belud dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya serahan sumbangan kepada asnaf, sukaneka rakyat, pertandingan azan, edaran telekung percuma dan ceramah kekeluargaan. – HARAKAHDAILY 25/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BERSATU sokong MB PAS Perlis. & Muallaf Sabah.. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

7 comments:

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan puak munafiqun liberal sangat terdesak untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal sehinggakan mereka menggunakan politik persepsi untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS supaya rakyat membenci PAS.

Mengapa PAS menjadi sasaran fitnah oleh musuh Islam ?

Jawaban: Kerana PAS berjuang menegakkan Islam dan mengamalkan amar makruf nahi munkar @ menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi prinsip Islam.

Sebaliknya, puak kafir harbi dan puak pendosa jahiliah suka aktiviti maksiat seperti pesta arak, judi, pelacuran , rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dll.

Bahkan mereka mendakwa mereka mempunyai hak kebebasan peribadi untuk melakukan kemungkaran dan kesesatan dan murtad.

Nama sahaja Melayu Islam tetapi mereka sanggup bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk menentang ajaran Islam.

Anonymous said...

Awas ! Di masa PRU 15 ini mungkin terdapat cybertrooper kafir yang menyamar sebagai orang Melayu untuk menyebarkan fitnah supaya kaum Melayu berpecah belah.

Anonymous said...

Selangor banjir teruk sehinggakan kerajaan PN terpaksa tolong. Lu RBA tak mahu ceritakah ?

Anonymous said...

Pee hancing mahu ICERD, Rome Statute dan Msian Msia dilaksanakan supaya mereka boleh menghapuskan hak Islam dan hak kaum Melayu Islam.

Ini kalilah pangkah PAS !

Tolak pee hancing dan kluster mahkamah !

Anonymous said...

Seperti pru14, komunis dapig bayar satu team yg tugasnya susup minda org melayu. Komunis dapig berbelanja jutaan rm. Untuk promote anuwar sebagai next pm. Dan gerak kerja memecahkan perpaduan melayu.

Anonymous said...


Matlamat pertubuhan pengganas komunis PKM ialah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

Pengganas-pengganas komunis telah merompak, menyerang, menyiksa , merogol dan membunuh ramai orang Melayu termasuklah penghulu, ustaz, imam, tok guru dan ulama dan kakitangan awam, polis dan tentera secara sadis dan menghina agama Islam, masjid dan surau dan membakar rumah-rumah kaum Melayu sejak dari zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu hingga 1989.

Malangnya pada zaman sekarang parti kafir harbi dan barua-barua munafiqun liberal mereka menyokong dan memuja pengganas komunis PKM yang telah berusaha menghapuskan kaum Melayu kerana kaum Melayu menyokong kerajaan menentang komunis dan menolak ideologi komunis.

Anonymous said...

Rakyat telah dikencing hancing dengan pelbagai janji palsu dan politik persepsi oleh pee hancing. Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, lu pikirlah sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails