Sunday, August 08, 2021

Semangat menentang penjajah perlu diterap tangani Covid-19

 

KUALA LUMPUR: Semangat perjuangan menentang penjajah demi kemerdekaan tanah air satu masa dahulu perlu diterapkan dalam mendepani cabaran penularan wabak Covid-19, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Usaha menangani penularan Covid-19 tidak akan berjaya, jika tugas memerangi dan memutuskan rantaian wabak tersebut diserahkan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan semata-mata, katanya.

“Prinsip (perjuangan) yang sama perlu kita lakukan, untuk keluar dan merdeka daripada dugaan pandemik Covid-19 yang sedang kita hadapi, tugas ini memerlukan kita mengambil semangat yang pernah dipupuk, di zaman pembentukan negara ketika membebaskan diri daripada penjajah.

“Bagi rakyat Terengganu, semangat Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh tersemat erat dalam diri, malah perjuangan kedua-dua tokoh ini bersama tokoh-tokoh yang lain, menjadi penguat semangat kami untuk melawan segala cabaran, termasuk Covid-19 yang kini menjadi ancaman bukan sahaja kepada Malaysia, bahkan seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan di stesen televisyen tempatan hari ini.

Hadir pada majlis pelancaran di Wisma Berita, Angkasapuri di sini ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Terengganu merupakan tuan rumah pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini, namun disebabkan negara kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara bagi mengawal penularan Covid-19, tiada acara sambutan secara fizikal diadakan.

Mengenai tema ‘Malaysia Prihatin’, Ahmad Samsuri berkata ia membawa pengertian cukup besar bahawa seluruh rakyat khususnya di Terengganu untuk bersama-sama dengan kerajaan berganding bahu membawa negeri dan negara keluar daripada pandemik.

“Pada waktu yang sama, kerajaan sentiasa berusaha dengan penuh keprihatinan yang tinggi, untuk membantu rakyat dalam kesusahan dengan memberi bantuan melalui pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi, kesihatan dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan kerana memilih Terengganu sebagai tuan rumah bagi majlis tahun ini. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, perjuangan membebaskan manusia dari penjajahan tidak akan selesai hngga hari kiamat selagi fikiran manusia masih diselaputi dan dihalangi oleh kabus rintangan yang menghambat kalimat 'La ilaha illallah' dan tuntutanya disampaikan.       , 

4 comments:

Anonymous said...

Payah nak dapat semangat tu. Nanti geng baju hitam buat demo. Dia org semangat nak kuasa. Covid tak perlu bincang mcm dlm parlimen.

Anonymous said...

Penjajah dah tak ada yang ada barua barua penjajah...

Kita tentang barua penjajah...!!

Anonymous said...

Semangat baju hitam. Semangat nak runtuhkan islam dan raja2. Rutinnya di jalan raya.

Anonymous said...

Dah makan dedak dap, tak nampak yg baik ttg islam. Murakab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails