Tuesday, June 29, 2021

Pemimpin politik bahagian ditahan sedang bermain judi poker.

 

Main judi: Enam termasuk pemimpin politik ditahan.

IPOH: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam. 

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 10 malam tadi.

“Turut dirampas dalam serbuan itu  ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM 1,774, ” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Azharuddin berkata kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan di ambil kepada mereka yang ingkar,” katanya. – BERNAMA

Lihat siri s'purakini: 

1 comment:

Anonymous said...

Negeri yg diperintah pkr mencanak ramai covid. Katakan hebat sangat anwar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails