Saturday, May 29, 2021

Serangan seksual punca Neymar, Nike berpisah. Bahaya!

 

Neymar menafikan melakukan serangan seksual ke atas kakitangan Nike.

SUKAN

LONDON: Bintang Paris Saint Germain (PSG), Neymar didakwa cuba melakukan serangan seksual ke atas kakitangan wanita Nike di sebuah hotel sebelum jenama sukan antarabangsa itu menamatkan kontrak antara mereka.

Menurut Wall Street Journal yang mendakwa sudah bercakap dengan individu yang tahu mengenai perkara terbabit, serangan seksual itu berlaku pada 2016.

Wanita terbabit kemudian hanya memfailkan aduan pada 2018 dan Nike melantik firma guaman bebas untuk menyiasat tuduhan itu.

Neymar bagaimanapun menafikan tuduhan itu dengan jurucakapnya berkata, 'Neymar Jr akan mempertahankan serangan tidak berasas ini sekiranya ada tuntutan yang dikemukakan, yang ketika ini masih lagi belum berlaku.'

Jenama sukan itu menjelaskan siasatan itu 'tidak dapat menyelesaikan isu', namun berpisah dengan Neymar pada tahun lalu selepas bekerjasama untuk 15 tahun.

Penasihat umum Nike, Hilary Krane memberitahu the Journal 'Nike menamatkan hubungan dengan pemain itu kerana dia enggan bekerjasama dalam cara yang baik untuk siasatan terhadap tuduhan salah laku oleh kakitangan kami.'

"Tidak wajar untuk Nike membuat kenyataan yang menuduh tanpa memberikan sebarang fakta untuk menyokongnya."

Susulan itu, Neymar menandatangani rundingan baharu bernilai AS$30 juta (RM120 juta) bersama pengeluar barangan Jerman, Puma.

Neymar sebelum ini berdepan tuduhan rogol pada 2019 namun ditutup oleh pendakwa raya susulan kekurangan bukti dan polis mendakwa individu yang menuduhnya atas kesalahan penipuan, memfitnah dan peras ugut. -Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahaya! Budaya ahli-ahli sukan beginilah kita tidak mahu menjangkiti negara umat Islam Malaysia, yang kita sayangi.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails