Wednesday, May 26, 2021

Telur percuma untuk penduduk 14 kampung PKPD. P/Pinang?

 

Pengurus Besar Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem) Nor Hanis Abd Basir menyampaikan sumbangan telur kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada penduduk Mukim Pelagat yang dikenakan PKPD. - Foto NSTP/Fatihah Sulaini

JERTIH: Sebanyak 1,400 papan telur diagihkan secara percuma kepada 14 kampung di Mukim Pelagat, dekat sini yang terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Pengurus Besar Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem), Nor Hanis Abd Basir, berkata inisiatif itu bagi meringankan beban penduduk yang sukar keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

"Bantuan ini diharap dapat meringankan sedikit beban penerima terutama golongan asnaf meneruskan kelangsungan hidup.

"Walaupun ketua isi rumah dibenarkan keluar mencari barang dapur namun ada kedai yang kehabisan bekalan telur.

"Jumlah pasar raya yang dibuka di Bandar Jertih juga berkurangan kerana ada pasar raya yang ditutup dalam tempoh PKPD, " katanya ketika ditemui hari ini.

Nor Hanis berkata, telur percuma itu diagihkan kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk diagihkan kepada 100 keluarga di setiap kampung.

PKPD dilaksanakan di 15 mukim di Besut selama 14 hari bermula 22 Mei sehingga 4 Jun ini.

Mukim terbabit ialah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai contoh, Terengganu kerajaan prihatin rakyat, apalagi bila ditadbir berasaskan Islam. Bukan macam kerajaan DAP Pulau Pinang, tak ada orang miskin ke di Pulau Pinang untuk untuk dibantu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails