Monday, May 31, 2021

Peliwat budak lelaki &kemaluan dipotong. Tapi teruk lagi perogol pembantu rumah!

 

1. Lelaki Pakistan ditahan liwat budak lelaki. -

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun trauma selepas dicabul dan diliwat oleh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah rumah flat di Perai di sini Khamis lalu. 

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku selepas suspek berusia 20 tahun menghampiri mangsa ketika budak itu sedang bermain seorang diri di sebuah taman permainan.

Murid darjah dua tersebut dikatakan telah didukung oleh suspek yang bekerja sebagai buruh menuju ke dalam rumah sewanya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun terbongkar dua hari kemudian selepas mangsa menceritakan detik hitam yang dialaminya itu kepada bapanya kira-kira pukul 10 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan mendapati, mangsa diliwat oleh suspek sebanyak dua kali selain mulutnya dicium secara paksa.

“Menurut mangsa, dia telah menjerit meminta tolong ketika sepanjang kejadian, namun tiada orang yang ada di situ.
“Selepas kejadian itu, suspek menyuruh mangsa pulang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, polis berjaya menahan suspek di rumahnya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi selepas mangsa menunjukkan lokasi berkenaan.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 5 Jun depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. K Online

2. Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang -


KEMALUAN seorang lelaki warga Pakistan berusia 32 tahun dipotong oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang Selangor pada Ahad lalu.

Dalam kejadian tersebut lelaki berkenaan sedang duduk bersendirian berhampiran Masjlis Alam Impian ketika dihampiri oleh empat lelaki. Rakan mangsa yang juga warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad membuat laporan polis berkaitan kejadian itu kelmarin.

Menurut Rizwan, sebelum kemaluannya dipotong kumpulan lelaki tersebut bertanya soalan peribadi termasuk sama ada sudah berkahwin, pasangannya dan adakah mangsa pernah melakukan hubungan seks ketika di Malaysia. Namun, mangsa menjawab dia sudah berkahwin dengan pasangannya di Pakistan dan tidak melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.

“Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.
“India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Penjenayah tersebut kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang. Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi ketika itu. Penjenayah berkenaan berkata, memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.

Namun mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.
“Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong,” katanya.

Malangnya, kemaluan mangsa dipotong sebelum ia dicampakkan.
“Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu. Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.
“Untuk mengesahkan perkara itu berlaku, memang betullah,” katanya. SM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes 1 kerana liwat budak lelaki. Kes 2 kerana potong kemaluan. Kedua-duanya dibawa dalam kes.. 

Tetapi bila dilihat siri-siri terkini kes rogol berikut, kes ini... 

Nampaknya kes ini, lebh teruk terlihat di mata rakyat. Kerana yang tertuduh 'merogol pembantu rumah sendiri' adalah 'wakil rakyat' pemimpin parti yang pernah memerintah kerajaan Pusat dan sedang berkuasa, walaupun hanya bertahan 22 bulan sahaja.. 

2 comments:

Anonymous said...

Tak hairan klau orang kapir buat hal

Ni orang Islam mengaku meliwat. Siap ada video, tapi tak beeeerapa jelas! Kes x bleh selesai.

Kureng2, hukum ler yg ngaku tu.

Pe hal?

Anonymous said...

Hasil berguru dgn presiden parti liberal. Jika kekal dgn parti liberal, belum taubat lagi. Banyak video lain pulak yg sama konsep.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails