Wednesday, June 02, 2021

P/Pinang digesa batalkan projek tambak laut

 

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - Foto NSTP

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini menggesa kerajaan negeri supaya membatalkan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR), memandangkan ia tidak mendapat sokongan penuh rakyat.

Reezal yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya.

"Sehubungan dengan itu, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang, saya akan membawa suara bantahan dan gesaan pembatalan projek ini ke Mesyuarat MTPNg, serta mengemukakan pandangan balas terhadap projek ini kepada pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, petisyen awam 'Save Penang! Reject the 3 islands Reclamation!' untuk pembatalan projek itu mendapat lebih 116,000 pernyataan sokongan setakat hari ini, manakala satu lagi petisyen bertajuk 'Save Malaysia's sea turtles!' yang terkait secara langsung dengan projek PSR turut mempunyai hampir 250,000 pernyataan sokongan.

Katanya, beliau secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan projek itu yang dikatakan bertujuan untuk menjana sumber kewangan bagi membiaya projek projek pengangkutan, di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP).

Reezal mendakwa, bantahan terhadap projek itu adalah kerana pelaksanaannya dianggap tidak lagi bertujuan membiayai projek pengangkutan di bawah PIPPP kerana ia seakan-akan sudah menjadi projek hartanah yang dikuasai oleh syarikat swasta.

Selain itu, beliau mendakwa projek berkenaan boleh mengancam jaminan makanan rakyat dari hasil laut serta memusnahkan ekosistem, biodiversiti marin dan perubahan aliran air laut.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dalam kenyataan berasingan berkata, PAS Pulau Pinang sememangnya membantah projek PSR oleh kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, projek itu tersasar daripada tujuan asalnya, sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada kepentingan sesetengah pihak dan seakan mengabaikan kelestarian alam sekitar dan hidupan laut yang menjadi punca rezeki golongan nelayan. - BERNAMA

Sedikit maklumat komen tambahan.. Baik untuk 'barua-barua' DAP, jangan celupar sangat! 

1 comment:

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails