Thursday, June 03, 2021

Tajuddin ditahan SPRM tuduhan salah guna kuasa

 

KL:Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dua tuduhan salah guna kuasa.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu ditahan setelah beliau hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat SPRM Putrajaya petang semalam tetapi dibebaskan dengan jaminan lisan (jaminan mulut).

Memetik laporan The Vibes sebenarnya, Tajuddin seharusnya dituduh semalam. Bagaimanapun, SPRM masih menunggu arahan dari Jabatan Peguam Negara.

Perincian mengenai tuduhan tersebut tidak didedahkan tetapi Tajuddin sebelumnya telah didakwa mengganggu operasi dan perniagaan Prasarana, di mana tuduhan konflik kepentingan telah muncul.

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Suara.Tv telah menghubungi SPRM namun, pengesahan dan maklumat lanjut akan diberikan kepada media melalui kenyataan rasmi pihak atasan. -S.tv.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails