Friday, June 04, 2021

Mahkamah Rayuan tolak saman pusat terhadap K'tan

 

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai lokus standi (kedudukan sah) untuk mengemukakan tindakan undang-undang bagi pihak suku Orang Asli Temiar atas pertikaian tanah adat di Pos Simpor, Gua Musang.

Perkara itu diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini dengan membenarkan rayuan dibuat kerajaan Kelantan bagi membatalkan tuntutan kerajaan Persekutuan.

Panel tiga hakim yang diketuai Dato’ Lau Bee Lan memutuskan sebulat suara dengan alasan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang bertulis mengiktiraf locus standi pemerintah Persekutuan untuk menuntut bagi pihak Orang Asli.

Menurut laporan Bernama Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak memiliki lokus standi menyaman Kelantan bagi pihak Orang Asli suku Temiar.

Malah secara jelas ia menggambarkan bidang kuasa berkaitan tanah adalah di bawah bidang kerajaan negeri.

Sebelum ini kerajaan Persekutuan bertindak bagi pihak Orang Asli menyaman kerajaan Kelantan berkaitan dakwaan berlaku pencerobohan tanah adat Temiar di Pos Simpor, Gua Musang.

Isu itu menarik perhatian ramai sebelum ini di mana tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, kerajaan pusat menyamankan kerajaan negeri berkaitan isu masyarakat Orang Asli.

Perkara itu berlaku ketika Putrajaya di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Isu mulai muncul pada 18 Januari 2019 apabila Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas mengumum kerajaan Persekutuan mengemukakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan.

Alasan dikemukakan kerajaan PH untuk melindungi kebajikan Orang Asli, yang memprotes pencerobohan tanah adat mereka.

Malah pada 20 Ogos 2019 kerajaan Kelantan gagal mengetepikan saman tersebut yang difailkan berhubung tanah adat masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor.

Panel Mahkamah Rayuan turut dianggotai hakim P Ravinthran dan Mohd Sofian Abd Razak secara bulat suara membatalkan saman berkenaan.

Persidangan Mahkamah Rayuan tersebut berlangsung secara dalam talian melalui Zoom. Kerajaan Persekutuan peguam Gurdial Singh Nijar.

Manakala kerajaan Kelantan diwakili Peguam Khoo Guan Huat. Manakala peguam Elaine Gan menjadi pemerhati untuk Majlis Peguam. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

1 comment:

Anonymous said...

Puaka tak faham keputusan mahkamah. Adui. Ada lagi spisis bingai. Lama sangat duduk kat rimba, undang2 pun tak faham. Sudahlah otak kat kepala lutut, siap fitnah lagi. Kemaruk jadi hantu nak sergah orang, tapi hantu puaka rimba siap kena sekeh sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails