Thursday, December 10, 2020

Lim Kit Siang: Jangan jadi jaguh pertahan kebatilan

 

PAS KEDAH ingin memberi respons mengenai gesaan YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP agar YAB Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor diganti dengan ADUN yang lain kerana didakwa tidak layak mentadbir masyarakat majmuk. [1] 

Gesaannya merujuk kepada penulisan seorang penulis kontroversi berfikiran Liberal iaitu Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi yang memberi 4 hujah ‘dosa’ yang dilakukan oleh MB Kedah berhubung isu perobohan kuil di Kuala Kedah baru-baru ini. [2]

PAS Kedah suka mengingatkan YB Lim Kit Siang agar memahami isu sebenar di sebalik arahan perobohan kuil tersebut dan tidak menyondol membabi buta bertujuan untuk mengalih kesalahan menceroboh hak milik orang lain yang jelas dilarang oleh semua bangsa dan agama!

Amat menjengkelkan seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebenaran tetapi kerana ingin meraih populariti politik sanggup menidakkan tindakan salah penjenayah lalu menyalahkan penguatkuasa yang menjalankan undang-undang atas prinsip ‘rule of law’. Pendirian YB Lim Kit Siang ini jelas seperti peribahasa ‘Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim.’

Selaku warganegara Malaysia, sepatutnya pemahaman mengenai pepatah, perumpamaan, peribahasa, kata bidalan dan kiasan serta simpulan bahasa di dalam Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlulah dihayati oleh semua bangsa. Janganlah malu untuk bertanya kepada mereka yang arif sekiranya kita tidak memahaminya bak peribahasa ‘daun nipah dikatakan daun labu.’

PAS Kedah menegaskan bahawa kami konsisten menentang diskriminasi perkauman serta penghinaan agama. Kami sentiasa menjunjung tinggi Perlembagaan Negara dan kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam negara ini.

 “اسلام  ممڤركوكوه  ڤرڤادوان” 

USTAZ AHMAD YAHAYA 

Pesuruhjaya PAS Kedah 
23 Rabiul Akhir 1442H | 9 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 9/12/2020

[1] https://bit.ly/2LlnSQ4
[2] https://bit.ly/3n0BFcN

6 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

ALHAMDULILLAH - ada PEMIMPIN PAS mcm. YAB MB Kedah, Datuk Sanusi yg. amat BERANI menentang MUSUH2 ISLAM/UMATnya dr. PENDATANG2 TAK SEDAQ DIRI amat RASIS/FASIS/PENIPU dr. Parti PENJAJAH Zionis DAP Parasit/MIC DALANG DUA MUKA tu!! Depa ingat TANAH MELAYU pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kami ni- KEPALA2 BAPAK Pendatang2 ni punya - sampai sewenangnya nak memPERTAHANkan KUIL2 HINDU diBINA secara HARAM merata tpt. - dgn. MELANGGAQ UNDG2 sewenangnya!!

Baik PENDATANG2 amat RASIS, FASIS & PENIPU ni - pi MAMPOS balik CHINA & INDIA negeri2 ASAL depa!!

Lihat di - https://suara.tv/09/12/2020/sikap-lim-kit-siang-umpama-beruk-nak-lawan-dengan-kilat-mb-kedah/

Anonymous said...

Siang Kit memang pembawa fahaman kejahatan. Pencetus peristiwa 13 Mei. Sahabat pun terdiri dari presiden parti liberal dan presiden parti syiah. Begitu juga sebaliknya, presiden liberal dan presiden parti syiah sangat secocok dan mesra akrab dengan Siang Kit. Siang Kit tidak sesuai berada di sini kerana dia menghasut supaya membenci kerajaan yg jadi tunjang kepada Islam dan peribumi. Dia mendidik anak2 cina supaya membenci kerajaan yg sedia ada. Siang Kit sebagai seorang yg kufur, suka campur tangan dan mengganggu urusan orang Islam. Sangat ekstremist dengan fahaman komunisnya. Rakyat di sini sudah pasti menolak fahaman Siang Kit yg dibawa dari negara asalnya dan mencetuskan kemarahan pribumi dan orang Islam. Rakyat marah dengan pejuwang yg telah mengkhianati peribumi dengan menerima dap sebagai sekutu. Dan rakyat marah dengan pkr dan pan yg jadi petualang peribumi. Bermati-matian pertahan filosofi dap.

Anonymous said...

anon 6.40 tu sedar tak mesia ni ada byk kaum? ke rasa semua melayu dlm mesia ni yg ada?

Anonymous said...

Kerajaan perlu TEGAS dan perlu dengan segera mengheret mana2 PENTERNAK BABI yang telah menyebabkan sungai2 MENJADI HITAM PEKAT AKIBAT DIPENUHI TAIK BABI!

Jom kembalikan semula ALAM SEMULAJADI ini kepada yang ASAL! Katakan TIDAK kepada PEROSAK alam sekitar.


Anonymous said...

Bila orang menggelar orang mabuk, mereka tidak menggelar mabuk wishky TAPI sebaliknya menggelar mereka MABUK TODI!

Semua perkara yang dilakukan oleh MB Kedah setakat ini dilihat berada dilandasan yang TEPAT! Susah mencari seorang MB yang tegas sebagaimana MB Kedah, tahniah & teruskan semua polisi2 yang berlandaskan perlembagaan & undang2.


Anonymous said...

Kita ada cina yg jadi saudara kepada kita. Ebit Lew, Ridhuan Tee, Ust Firdaus Wong dan ramai lagi. Di kalangan orang India pun ramai juga seperti Ust Ravi. Mereka mengajak kebaikan. Tidak seperti Siang Kit dan anaknya Guan Eng yg memperjuangkan kejahatan. Bawa masuk pesta arak dan tattoo. Bawa masuk juga keganasan seperti LTTEE. Bawa fahaman komunis dan membantu fahaman liberal berkembang yg dibawa oleh pkr dan pan. DAP sangat tidak sesuai untuk masyarakat majmuk di Malaysia kerana hanya memperjuangkan falafah DAP yg mendidik bangsa DAP jadi jahat dan crook. Kerana ada pembela kejahatan iaitu DAP, ramai temu ajal kerana dilanggar oleh pemandu mabok. Curi balak, teroka tanah haram, pemberi rasuah adalah dari satu bangsa iaitu bangsa DAP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails