Tuesday, December 08, 2020

Islam iktiraf vaksinasi COVID-19 kaedah berkesan selamatkan nyawa - Mufti Kedah

 

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang. - Foto NSTP/Amran Hamid

ALOR SETAR: Umat Islam disarankan menerima vaksin COVID-19 diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikutan ia kaedah lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa dan bukan bersumberkan gelatin haiwan.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata pihaknya juga difahamkan kandungan vaksin berkenaan bukan daripada sumber gelatin haiwan, sebaliknya ia daripada unsur lain.

"Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas bersama mufti baru-baru ini, kita mendengar penjelasan daripada wakil Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kandungan vaksin COVID-19. Mereka menerangkan vaksin yang akan kita terima bukan daripada sumber gelatin binatang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails