Tuesday, December 08, 2020

Ekonomi Turki Melunjak Naik?

 


1. Keretapi Eksport Pertama dari Turki-China Melalui Ankara

Kereta api eksport pertama, membawa produk eksport dari Turki ke China menempuh perjalanan 8 ribu 693 kilometer, melalui ibukota Ankara.

Jalan Sutera Besi/Koridor Tengah, disebut Jalan Sutera Besi, adalah koridor keretapi pendek, selamat, ekonomi dan paling mesra iklim antara benua Asia dan Eropah.

Keretapi yang akan menempuh laluan 2 ribu 323 di dalam Turki, akan tiba di Kars esok hari (Selasa 8 Disember), dan akan menggunakan landasan keretapi Baku-Tbilisi-Kars bagi meneruskan perjalanan ke China. Sedangkan laluan luar negara adalah Georgia-Azerbaijan-Caspian Sea Crossing-Kazakhstan dan berakhir di bandar Xi'an, China.

Keretapi sepanjang 754 meter itu, terus melakukan perjalanan dengan 42 kontena perkakas rumah. Keretapi itu, yang membawa 400 ribu lebih peti sejuk yang dihasilkan di Turki, dijangka sampai ke China dalam masa sekitar 12 hari.


2.Istanbul Menjadi Lapangan Terbang Terbanyak Penerbangannya Di Eropah.

Lapangan terbang Istanbul adalah lapangan terbang yang penerbangannya terbanyak di Eropah antara 28 November dan 4 Disember.

Menurut data Organisasi Eropah untuk Keselamatan Navigasi Udara (EUROCONTROL), 423 penerbangan pada 1 Disember, 498 pada 2 Disember, 483 pada 3 Disember dan 570 pada 4 Disember diatur di Lapangan Terbang Istanbul.

Lapangan terbang Istanbul juga merupakan lapangan terbang dengan jumlah penerbangan tertinggi di Eropah, dengan 471 penerbangan pada 28 November, 542 pada 29 November dan 496 penerbangan pada 30 November selama seminggu hingga 4 Disember.


3. Bandar Trabzon Di Turki Mengeksport Hazelnut ke 52 Negara

Eksport hazelnut dilakukan ke 52 negara dari Trabzon. Turki, pada periode September-November telah memperoleh 81 ribu 421 tan eksport hazelnut sebagai pertukaran 557 juta 596 ribu 680 dolar.

Dalam tempoh ini, syarikat yang berpusat di Trabzon memberikan 178 juta 217 ribu 872 dolar aliran masuk mata wang asing sebagai pertukaran untuk 26 ribu 460 tan eksport hazelnut. 

Oleh itu, syarikat yang berpangkalan di Trabzon merealisasikan 32 peratus daripada jumlah eksport hazelnut dari segi pendapatan.

Pada musim eksport baru, jumlah negara yang mengeksport  hazelnut dari Trabzon mencapai 52. Sebilangan besar kacang dijual ke Itali, Jerman dan Perancis.


4. Prestasi Ekonomi Terburuk dalam 30 Tahun Terakhir Bagi Negara-negara Miskin


Pada tahun 2020, Negara-Negara Kurang Maju dilaporkan mempunyai prestasi ekonomi terburuk dalam 30 tahun terakhir.

Menurut "Laporan Negara-negara Kurang Maju Tahun 2020" yang diumumkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), diperingatkan bahawa 32 juta orang di Negara-negara Kurang Maju dapat terseret ke dalam kemiskinan melampau akibat penurunan tahap pendapatan, pengangguran yang meluas dan defisit fiskal yang semakin meningkat.

Dalam laporan tersebut, diramalkan bahawa negara-negara ini menunjukkan prestasi ekonomi terburuk dalam 30 tahun terakhir pada tahun 2020 akibat kesan wabak jenis baru coronavirus (Kovid-19), dan disampaikan bahawa 1.06 bilion orang tinggal di 47 negara yang kurang maju.

Menurut PBB, negara-negara ini menyumbang kurang daripada 1.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Laporan tersebut menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberikan sokongan kewangan kepada Negara-negara yang Kurang Maju.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails