Saturday, December 12, 2020

X selari dengan perlembagaan, &satu bentuk diskriminasi..

 

Mahkamah Austria batal undang-undang melarang pelajar perempuan berusia bawah 10 tahun memakai tudung. - Foto AFP

Mahkamah Austria batal undang-undang larang bertudung

VIENNA: Mahkamah Austria membatalkan undang-undang melarang pemakaian tudung di sekolah yang menyifatkan peraturan itu tidak selari dengan perlembagaan dan satu bentuk diskriminasi.

Bagi menjelaskan keputusan itu, mahkamah dalam satu kenyataan semalam berkata, undang-undang itu bertentangan dengan prinsip kesaksamaan mengamalkan ajaran agama, kepercayaan dan pegangan hidup.

Mahkamah turut mendapati, undang-undang berkenaan hanya mensasarkan ajaran Islam dalam pemakaian bertudung.

Peraturan itu turut didakwa bukan saja tidak mempromosikan integrasi, malah mewujudkan diskriminasi kerana akan menyulitkan pelajar perempuan Islam mendapat pendidikan selain menyebabkan mereka terasing.

Kerajaan gabungan OeVP-FPOe bagaimanapun menjelaskan pemakaian patka oleh pelajar Sikh atau kippa bagi pelajar lelaki Yahudi dibenarkan.

Namun, parti baharu yang menjadi kerajaan pada Januari lalu pula merancang untuk melarang pemakaian tudung kepada pelajar sekolah berusia bawah 14 tahun.

Menteri Pendidikan, Heinz Fassman berkata, kementeriannya akan meneliti keputusan dan hujah dijelaskan mahkamah.

"Saya kecewa pelajar perempuan tidak berpeluang untuk membuat keputusan sendiri dalam kebebasan sistem pendidikan," katanya.

Sementara itu, Komuniti Penganut Agama Islam (IGGOe), pertubuhan rasmi mewakili masyarakat Islam di Austria, menyambut baik keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya sebagai berakhirnya 'larangan politik bersifat populis'. - AFP

Hibur Hibur Sikit

5 comments:

Anonymous said...

Jauh Austria tu Pak Asim....
Kat tempat kita ni, kilang arak dan kasino judi berlambak lagi.

Sukakan kedamaian said...

😘🤣mana Ada..mana Ada kilang Arak Dan Judi kat malaysia.malah tuhan beri kebenaran kepada kaum lain untuk minum Arak😘😍🥰

Anonymous said...

Kajian2 di universiti England merusmuskan bahawa kebanyakan anak2 muda TIDAK LAGI PERCAYA kepada sistem demokrasi!

Banyak juga perkara2 yang baik boleh dipelajari dari undang2 yang diamalkan di Arab Saudi, sebuah negara Islam modern yang berkembang maju. Kadar jenayahnya antara yang terendah didunia!

Harap kerajaan dari semasa kesemasa dapat tingkatkan kerjasama dengan negara tersebut dalam memperkasakan undang2.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...
This comment has been removed by the author.
Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

PEMBETULAN:

Itulah, rejim Austria ni mmg. ZIONIS & NAZI habis!! Penganut Agama lain spt. puak Sikh & Yahudi dibenarkan pakai pakaian Agama depa - jadi UNDG2 NAZI ni mmg. RASIS & FASIS habis pd. ISLAM/UMATnya!!

Tapi, SYUKUR ALHAMDULILLAH, pertubuhan Islam kat sana kuat, terutamanya dari umat Islam Sunni Turki - yg. mmg. berani memperjuangkan Hak Islam/Umatnya di Eropah! Sementara, yg. puak Kurdish Turki pula ramai Pengkhianat, pro-Zionis/Israel - kerana depa telah berjaya diHASUT si rejim2 PENGGANAS Zionis ISrael/US/PERANCHIS/UK - utk. memperjuangkan NEGARA bebas depa, 'Kurdistan' di TIMUR TENGAH, yg. pro-US/Barat-ISrael!!

Bahkan kat negara kita ni, disyaki ada PENGGANAS2 Kurdish ni menyamaq sbg. Pelarian2 Turki dan mensasarkan Langkawi sbg. Pusat Dadah/Senjata - sbb. berhampiran Kepulauan Andaman bawah rejim Pengganas India yg. Anti-Islam, Modi/BJP India, yg. mana Kepulauan Andaman ini juga dah jadi MARKAS2 Pengganas2 Zionis CIA/MOSSAD (bahkan pulau ni juga di mana Pengganas2 Tamil Eelam, yg. ditaja Modi/CIA/MOSSAD, bersarang & disyaki menyeludup masuk Senjata/Dadah ke negara kita ni, melalui Pulau2 strategik Langkawi & Pulau Pangkor)!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails