Tuesday, December 08, 2020

Sultan Perak akan umum siapa MB baharu - Ahmad Zahid

 

Ahmad Zahid bertemu media selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta pagi tadi. FOTO NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

IPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Menteri Besar Perak yang baharu dari UMNO, mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Majoriti Insya-Allah," kata Presiden UMNO itu ketika sidang media selepas selesai menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, hari ini.

Ahmad Zahid menghadap Sultan Nazrin pagi tadi bagi memohon perkenan Sultan Nazrin mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

Turut dilihat memasuki Istana Kinta pagi tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad, yang disebut-sebut dicalonkan UMNO untuk menduduki jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu menegaskan calon Menteri Besar itu akan diumumkan Sultan Nazrin.

"Alhamdulillah saya diperkenankan Sultan Nazrin untuk menghadap dan mempersembahkan surat memohon untuk berkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

"Pengumuman untuk calon Menteri Besar Perak itu akan dibuat Tuanku sendiri dan kenyataan selepas ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak istana.

"Saya menjunjung titah Tuanku yang hak mencalonkan itu hak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi hak untuk mengumumkan calon itu adalah hak mutlak Tuanku dan istana akan memaklumkannya," katanya.

Ahmad Zahid turut yakin calon yang dipersembah kepada Sultan Nazrin mendapat majoriti yang mencukupi termasuk dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Itulah yang kita persembahkan (majoriti) dan saya sangat yakin majoriti sokongan itu lebih daripada mencukupi.

"Saya menyatakan seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan PN, ertinya kerjasama pembentukan kerajaan ini adalah antara UMNO, BERSATU dan PAS," katanya.

Hibur Hibur Sikit

4 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...


DYMM Sultan Perak - sbg. KETUA AGAMA ISLAM Negeri - dan berDASARkan ISLAM sbg. AGAMA NEGARA - bertanggungjawab mengHALANG akan MUSUH2 Islam/Melayu dr. rejim PENJAJAH Zionis PH Parasit- DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR HOMO/DAP Parasit PENIPU ni berKUASA balik dgn. ZALIM, RASIS, FASIS, TAMAK, BUAS & RAKUS!!

Tolong GANTIkan sj. MB PERAK dgn. Pemimpin UMNO - yg. mmg. BERHAK!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. PENJAJAH Zionis DAP Parasit ni- TAK habis2 nak MENIPU, kononnya depa bukan Anti-Islam/Melayu sbb. nak sokong UMNO tubuh KERAJAAN baru PERAK!!

Pi MAMPOS lu DAP homo jijik - TAK habis2 nak menSABOTAJ/MEMERANGKAP/MENIPU bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita dan PERPADUAN UMMAH kita!!

Maka, UMNO - tolong JANGAN terPERANGKAP oleh SABOTAJ/PENIPUAN DAP Parasit ni!!

Lihat di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762752/dap-sedia-sokong-umno-bentuk-kerajaan-di-perak

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi cubaan SABOTAJ terGULING2-atas LUMPUR hanyir - oleh EJEN2 rejim PH Parasit - ke atas penubuhan KERAJAAN PN baru dgn. YAB MB baru dr. UMNO!

Lihat blog SAMPAH PKRhomo ni, di - https://shahbudindotcom.net/2020/12/08/gabungan-umno-dan-pas-bukan-saja-boleh-tolak-sharani-malah-bila2-masa-boleh-jatuhkan-mb-umno.html

Anonymous said...

Kalau pilih kerjasama dengan dap, tiada masa depan. Nanti disuruh makan babi macam bangsa uighur kena. Pilih atok pun tiada masa depan. Yg kaya cuma keluarga dan kroni. Pilih bang non pun tiada depan sebab fahaman liberal dan suka berlendir. Pilih pan lagi tiada masa depan sebab pan adalah khadam yg ikhlas dengan eng guan dan bapanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails